Kisah cinta di pusat jagaan orang tua, warga emas umur 80 tahun kahwin dengan gadis muda. Kalau dah jodoh, tak ke mana! Perumpamaan ini sangat sesuai untuk menggambarkan kisah perkahwinan unik antara seorang gadis muda bernama Xiaofang dan seorang warga emas berusia 80 tahun bernama Li.
Kisah cinta mereka yang bermula di pusat jagaan orang tua membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk mencari kebahagiaan.
Xiaofang, yang baru berusia 23 tahun, pertama kali bertemu Li ketika dia bekerja sebagai sukarelawan di pusat jagaan orang tua tersebut.
Perkenalan mereka yang bermula sebagai persahabatan atas dasar hobi yang sama akhirnya berkembang menjadi cinta yang mendalam.
Xiaofang tertarik dengan kematangan Li dan tidak memperdulikan perbezaan usia mereka yang jauh, iaitu 57 tahun.
Walaupun hubungan mereka ditentang oleh keluarga Xiaofang, dia tetap teguh dengan pendiriannya dan memilih untuk menikahi Li.
Kini, mereka hidup bahagia bersama sebagai suami isteri. Li, yang sudah tidak lagi bekerja, hanya bergantung pada wang pencennya untuk menyara kehidupan mereka berdua.