Kisah bapa durjana culik anak sendiri & hamilkan 7 kali selama 24 tahun

Kisah bapa durjana culik anak sendiri & hamilkan 7 kali selama 24 tahun

Kisah bapa durjana culik anak sendiri & hamilkan 7 kali selama 24 tahun.

Seorang ayah seharusnya menjadi pelindung terbaik buat anak-anak. Namun bagi gadis bernama Elisabeth Fritzl, kisahnya yang dianiaya bapa kandung sendiri selama 24 tahun cukup mengejutkan ramai. Bahkan peritiwa pahit keluarga mereka telah diadaptasikan menjadi filem berjudul ‘Girl In The Basement‘ yang diterbitkan pada 2021 lalu.

Ayah kandung kidnap & kurung anak di bilik bawah tanah

Cerita bermula ketika Elisabeth beranjak ke usia 18 tahun, bapanya, Josep Fritzl mengetahui perancangannya yang hendak duduk berasingan. Seperti yang ramai tahu, budaya keluar rumah dan menjalani kehidupan sendiri apabila sudah cukup umur adalah perkara biasa di negara Barat. Pun begitu, lelaki terbabit nampaknya tidak bersetuju dan mula merancang perkara jahat.

Kisah bapa durjana culik anak sendiri & hamilkan 7 kali selama 24 tahun

Kisah bapa durjana culik anak sendiri & hamilkan 7 kali selama 24 tahun

Josep suka turun & tidur di bilik bawah tanah…Keluarga tak curiga sebab ia cuma ruang kerja

Pada 28 Ogos 1984, Josep menelefon Elisabeth kononnya meminta tolong untuk angkatkan pintu baru bagi renovasi bilik bawah tanah di rumah mereka. Tanpa disedari, ia adalah perangkap dan gadis itu dipengsankan dengan tuala mengandungi bahan kimia Eter. Kehidupan duka bermula, Elisabeth telah dikurung dan dikasari tanpa belas kasihan. Malahan lelaki durjana terbabit menjadikan zuriatnya sendiri sebagai ‘hamba nafsu’.

“Selama 24 tahun dikurung, Elisabeth hamil sebanyak 7 kali. Semua anak itu lahir dengan sempurna kecuali seorang saja yang gagal diselamatkan kerana komplikasi ketika bersalin. 3 orang Elisabeth jaga. 3 orang lagi dijaga Josep. Josep beritahu pada isterinya, 3 budak itu adalah anak yang dibuang & ditinggalkan depan rumah oleh Elisabeth sebab tak mampu besarkan. Walhal itu adalah anak hasil sumbang mahram”

Kisah bapa durjana culik anak sendiri & hamilkan 7 kali selama 24 tahun

Kisah bapa durjana culik anak sendiri & hamilkan 7 kali selama 24 tahun

Dikurung pada umur 18 tahun…Akhirnya rasai kebebasan di usia 42 tahun

Sangat licik, Josep turut menghantar surat ke rumah mereka dan membuatkan ramai percaya Elisabeth sudah lari rumah. Akhirnya pada 2008, Elisabeth meyakinkan Josep untuk membawanya ke klinik kerana salah seorang anak mereka kurang sihat. Setibanya di sana, petugas kesihatan curiga melihat keadaan Elisabeth. Mereka segera menghubungi polis, Josep berjaya diberkas sekali gus menamatkan penyiksaan Elisabeth yang ketika itu sudah berumur 42 tahun.

Kini, Elizabeth bebas jalani sisa hidup dengan 6 orang anaknya. Mereka yang berusia lingkungan 19-33 tahun trauma hidup terkurung. Jadi setiap orang akan biarkan pintu bilik mereka terbuka luas sepanjang masa. Elisabeth tukar nama baru agar identitinya tidak dikenali umum. Josep jalani hukuman penjara seumur hidup di Penjara Krems-Stein, Austria (penjara paling ketat untuk tahanan yang alami masalah jiwa)

Kisah bapa durjana culik anak sendiri & hamilkan 7 kali selama 24 tahun

Kisah bapa durjana culik anak sendiri & hamilkan 7 kali selama 24 tahun

Baca Lagi:

1 Malaysia kena tipu dengan Aliff Syukri, pemuda ini dedah sesuatu

Baru dilantik beberapa jam, ketua polis mati ditembak kepala dengan kartel dadah

Penulis novel kontroversi Salman Rushdie ditikam berkali-kali atas pentas

CATEGORIES