Kipas tak berpusing?, jangan buang.. Lelaki Ini ajar cara mudah nak baiki kipas berdiri yang rosak tiba-tiba

Photo of author

By Joe

Kipas tak berpusing?, jangan buang.. Lelaki Ini ajar cara mudah nak baiki kipas berdiri yang rosak tiba-tiba. Setiap barang mempunyai jangka hayat yang tersendiri, apabila digunakan untuk masa yang panjang, tentunya barang tersebut akan rosak dan perlu diganti baru.

Sama seperti kipas, yang memerlukan seseorang untuk memeriksa keadaan dan mencari punca bagaimana ia boleh berhenti berpusing sebelum digantikan yang baru sekiranya perlu.

Kadang-kadang apabila tinggal berseorangan di rumah, kipas yang berpusing tiba-tiba akan berhenti membuatkan diri menjadi panik.

Kipas tak berpusing?, jangan buang.. Lelaki Ini ajar cara mudah nak baiki kipas berdiri yang rosak tiba-tiba

Jadi, untuk menjimatkan pengeluaran modal dalam membetulkan kipas yang rosak, mari ikuti langkah-langkah di bawah ini.

Cara tersebut telah dikongsi oleh seorang individu lelaki menerusi video yang dimuat naik oleh Video Kita di Facebook.

Cara-cara baiki kipas berdiri yang berhenti berpusing

Yang pertama, buka bingkai kipas dengan menanggalkan pemegang bilah kipas yang dibuka mengikut arah jam.

Selepas itu, pusingkan pemegang bingkai mengikut lawan jam dan tarik keluar bingkai kipas itu sebelum menanggalkan di bahagian belakang kipas.

Sekiranya mempunyai multimeter analog, boleh digunakan terlebih dahulu untuk menguji kapasitor.

Letakkan prop merah dan hitam pada wayar kapasitor dan jika jarum meter menaik, ia menandakan kapasitor berada dalam keadaan baik.

Namun, sekiranya jarum tidak menunjukkan sebarang pergerakan maka kapasitor tersebut telah rosak.

Bagaimanapun jika tidak mempunyai multimeter analog, apa yang perlu dilakukan ialah membuka wayar di bahagian belakang kipas itu dengan gunting.

Setelah dibuka wayar tersebut, cari kabel yang berwarna hitam dan potong kabel itu di bahagian hujung.

Kemudian, potong sedikit bahagian kabel hitam itu untuk dapatkan wayar di dalamnya untuk diletakkan pada kapasitor. Kapasitor juga perlu dibuang kulitnya sedikit kerana mahu menggunakan wayar di dalamnya.

Dalam pada itu, suis kipas itu juga perlu dihidupkan supaya dapat melihat sama ada cara tersebut berkesan atau tidak.

Bagaimanapun jangan tersilap, apabila wayar hitam itu diletakkan pada kapasitor, pastikan kipas itu berpusing ke kanan dan bukannya ke kiri.

Dalam video tersebut, apabila wayar hitam diletakkan pada salah satu kapasitor, kipas mula berpusing ke belah kiri dan pusingan itu adalah salah. Pastikan kipas tersebut pusing ke kanan.

Akhir sekali, boleh gantikan bahagian dalam kipas itu dan pasang semula kipas. Siap.

Baca Lagi:
12 kali gagal ujian memandu, sekali ini yang dilakukan lelaki ini
Kelantan rekod sejarah baharu, miliki ladang durian Musang King terbesar di Malaysia, tapi sayang ‘bukan milik kita’
Mahu jual kereta untuk beli makanan, pakcik umur 54 tahun berdiri tengah panas tahan kereta orang awam buat ramai sebak