Khairuddin letak jawatan, Pejuang WP bubar

Khairuddin letak jawatan, Pejuang WP bubar

Khairuddin letak jawatan, Pejuang WP bubar. Khairuddin Abu Hassan meletakkan jawatan sebagai ketua Pejuang Wilayah Persekutuan dan membubarkan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) parti itu.

Katanya perjuangannya bersama parti itu tidak lagi relevan memandangkan Pejuang telah menerima peletakan jawatan pengerusinya Mahathir Mohamad.

“Perjuangan saya dulu, kini dan selamanya hanyalah berteraskan paksi sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang sentiasa kekal berprinsip dan tidak pernah menipu dalam mana-mana perjuangan untuk menegakkan kebenaran demi bangsa, negara mahupun agama,” katanya.

Khairuddin letak jawatan, Pejuang WP bubar

Sementara itu, tanpa menghuraikan lanjut, Khairuddin juga berkata dia telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan presiden Mukhriz, yang juga anak Mahathir.

Pejuang dan rakan gabungan Gerakan Tanah Air (GTA) kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu.

Semua calon mereka kecundang, malah Mahathir dan Mukhriz sendiri hilang wang pertaruhan.

Baca Lagi:
Jarang nampak dikaca tv sekarang, ini keadaan terkini Salih Yaacod setiap hari makan telur goreng dan sardin
Kereta Proton Saga muncul dalam siri Mr.Bean akhirnya terjawab
Setiap hari kucing lepak dekat rumah kosong, macam ada sesuatu…Satu keluarga datang pujuk tapi lain yang jadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *