Ketua polis ditangkap basah dengan isteri orang

Photo of author

By Joe

Ketua polis ditangkap basah dengan isteri orang. Seorang ketua unit polis di Bali telah ditangkap dalam satu serbuan di sebuah rumah di pulau peranginan tersebut, menurut laporan laman berita Radar Buleleng kelmarin.

Menurut maklumat daripada polis Denpasar, serbuan dilakukan pada Sabtu lalu, sekitar pukul 11.50 malam (waktu tempatan).

Lelaki tersebut ditangkap dalam keadaan tidak senonoh bersama seorang wanita di dalam bilik rumahnya sendiri.
Ketua polis ditangkap basah dengan isteri orang
Gambar hiasan
“Kami menerima maklumat bahawa pegawai itu ditangkap bersama seorang wanita yang sudah berkahwin di dalam bilik.
“Hubungan terlarang ini telah berlangsung selama setahun sejak dia bertugas di balai polis kawasan Laut Gilimanuk,” kata satu sumber.

Tambah sumber tersebut, pegawai itu berdepan dengan ancaman pemberhentian daripada tugasnya akibat tindakannya itu.

Baca Lagi:
Doktor kecewa dengan KKM, nak ‘claim’ elaun kerja lebih 24 jam ditolak
Hari-hari terakhir seorang banduan, “selagi abang bernyawa, saya isteri abang”
Kos sebenar hukuman gantung seorang banduan di Malaysia yang ramai orang tak tahu