
Ketua polis daerah ditahan SPRM, terima rasuah RM1 juta lindungi pusat hiburan haram
Ketua polis daerah ditahan SPRM, terima rasuah RM1 juta lindungi pusat hiburan haram.
Seorang ketua polis daerah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pahang kerana disyaki menerima rasuah dianggarkan lebih RM1 juta sejak tahun 2017 hingga 2022.
SPRM dalam kenyataan berkata, pegawai kanan polis berusia 53 tahun disyaki menerima rasuah bagi melindungi aktiviti pusat hiburan dan pusat urut di sekitar daerah kawalannya.
“Bayaran rasuah ini disyaki bagi melindungi pusat-pusat hiburan dan pusat-pusat urut yang tidak berlesen daripada sebarang tindakan dan gangguan pihak berkuasa,” katanya
Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Amin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan namun enggan mengulas lanjut.
“Siasatan dijalankan di bawah seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009,” katanya.
Baca Lagi:
Ramai sebak lihat rider Grab merayu minta pelanggan ‘cancel order’ sebab motorsikal ditarik masa nak hantar makanan
Leona buat hal lagi, kali ni ‘terkeluar’ aset
Yang suka menabung duit syiling, ini cara mudah tukar duit syiling guna mesin di bank, duit terus masuk ke akaun
CATEGORIES Berita