Ketua kampung seleweng duit orang kampung sebanyak RM304k, rupanya nak sara 4 isteri dan 20 anak

Photo of author

By Joe

Ketua kampung seleweng duit orang kampung sebanyak RM304k, rupanya nak sara 4 isteri dan 20 anak. Bekas ketua kampung di sebuah perkampungan di Indonesia telah ditahan polis selepas disyaki menyeleweng dana penduduk kampung berjumlah RM304,000.

Seleweng duit orang kampung

Ketua kampung seleweng duit orang kampung sebanyak RM304k, rupanya nak sara 4 isteri dan 20 anak

Wang tersebut diseleweng oleh Alkani sejak tahun 2015 lagi iaitu sepanjang dia memegang jawatan sebagai ketua kampung. Menurut sumber, dana berjumlah RM304k itu sepatutnya digunakan untuk melakukan projek khas di kampung terbabit tetapi Alkani membelanjakan wang tersebut untuk kegunaan peribadinya.

Difahamkan, projek tersebut berjalan seperti dalam perancangan tetapi kos yang digunakan tidak selari dengan kertas kerja. Rupa-rupanya, Alkani telah memalsukan maklumat dalam laporan audit.

Ketua kampung seleweng duit orang kampung sebanyak RM304k, rupanya nak sara 4 isteri dan 20 anak

Ada dakwaan mengatakan bahawa sebahagian wang yang diseleweng itu digunakan Alkani untuk menikahi isteri keempatnya dan menyara kehidupan empat isteri dan 20 orang anaknya.

Pihak berkuasa juga sudah mengumpul bahan bukti dan Alkani telah ditahan polis untuk tindakan selanjutnya.

Baca Lagi:
Lelaki berdoa minta malaikat Jibril turunkan duit dari langit nak bayar kos pembinaan masjid
1000 pekerja Grab bakal diberhentikan
Kubur 2 beradik terpanjang di Kedah, ini kisahnya yang ramai tak tahu