Ketahui 9 cara jaga buah pinggang yang ramai tidak tahu

Ketahui 9 cara jaga buah pinggang yang ramai tidak tahu

Ketahui 9 cara jaga buah pinggang yang ramai tidak tahu. Buah pinggang sememangnya memainkan peranan penting sebagai penapis sisa metabolisme, mengawal cecair dan sel darah merah serta mengawal tekanan darah.

Bagaimanapun, apabila seseorang gagal menjaga buah pinggang dengan baik, risiko lain akan berlaku seperti mengalami penyakit buah pinggang, buah pinggang tersumbat ekoran pengambilan ubat kecantikan hinggakan buah pinggang terpaksa ditukar.

Umum diketahui, buah pinggang antara organ penting di dalam badan. Oleh itu, anda disarankan sentiasa mengikuti tip penjagaan buah pinggang dengan mengamalkan rutin harian yang baik untuk mengelakkan risiko penyakit.

Dalam pada itu, terdapat beberapa tabiat baik untuk menjaga buah pinggang yang boleh dilakukan setiap hari, termasuklah;

Ketahui 9 cara jaga buah pinggang yang ramai tidak tahu

1. Minum air

Buah pinggang adalah sistem penapisan utama darah dalam badan, oleh itu bekalan cecair dalam tubuh mestilah mencukupi untuk memudahkan prestasi buah pinggang apabila mengeluarkan bahan buangan daripada aliran darah.

Jika pengambilan cecair dalam badan kurang, buah pinggang bekerja lebih keras dan mencetuskan kecederaan yang membuka peluang untuk penyakit buah pinggang kronik.

Ketahui 9 cara jaga buah pinggang yang ramai tidak tahu

2. Pengambilan garam

Menurut WebMD, pengambilan garam tinggi boleh mengurangkan fungsi buah pinggang dan meningkatkan jumlah protein dalam air kencing yang tidak bagus untuk kesihatan tubuh.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), had yang disyorkan untuk pengambilan garam setiap orang sehari ialah 2,400 mg atau 1 sudu teh.

Ketahui 9 cara jaga buah pinggang yang ramai tidak tahu

3. Periksa fungsi buah pinggang

Cara seterusnya untuk mengekalkan kesihatan buah pinggang adalah dengan melakukan pemeriksaan berkala. Pemeriksaan boleh dilakukan dengan menguji air kencing, urea, kreatinin darah, dan kadar penapisan glomerular (GFR) untuk melihat keupayaan buah pinggang menapis sisa metabolisme.

Pun begitu, anda disarankan berunding dengan doktor untuk memeriksa keadaannya serta menerima rawatan khas jika tindakan susulan diperlukan.

Ketahui 9 cara jaga buah pinggang yang ramai tidak tahu

4. Kerap bersukan

Rajin bersenam dan melakukan pelbagai aktiviti sihat yang banyak memerlukan tenaga dan pergerakan tubuh amat berfaedah dalam melancarkan perjalanan darah dalam badan.

Selain itu, senaman juga membantu membakar kalori supaya dapat mengelakkan berat badan berlebihan dan obesiti disamping mengelakkan risiko penyakit buah pinggang.

Ketahui 9 cara jaga buah pinggang yang ramai tidak tahu

5. Ubat tahan sakit

Bagi memastikan keadaan buah pinggang supaya berada dalam kondisi yang baik, anda disarankan untuk mengehadkan pengambilan ubat tahan sakit.

Ini kerana, ubat tahan sakit yang diambil secara berlebihan dan tanpa pengawasan doktor sangat berisiko untuk kerosakan tisu buah pinggang.

Ketahui 9 cara jaga buah pinggang yang ramai tidak tahu

6. Elak merokok dan minum alkohol

Anda juga perlu mengelak dari menghisap rokok dan ketagihan merokok, ia bukan sahaja membahayakan kesihatan, malah boleh membawa maut.

Begitu juga dengan seseorang yang terlalu banyak minum alkohol boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang kronik.

Ketahui 9 cara jaga buah pinggang yang ramai tidak tahu

7. Makanan berkhasiat

Selain memenuhi pengambilan cecair dalam badan, pastikan anda mengimbanginya dengan pengambilan makanan berkhasiat yang mencukupi.

Atas dasar itu, makanan terbaik untuk buah pinggang boleh didapati daripada putih telur, kacang merah, bawang putih, minyak zaitun, atau cranberry.

Ketahui 9 cara jaga buah pinggang yang ramai tidak tahu

8. Gula dalam darah

Kandungan gula dalam darah mestilah sentiasa dikawal untuk mengelakkan risiko diabetes atau penyakit kronik yang lain.

Pun begitu, jumlah gula dalam darah yang tidak terkawal dalam badan terdedah kepada gangguan termasuk komplikasi buah pinggang.

Ketahui 9 cara jaga buah pinggang yang ramai tidak tahu

9. Tekanan darah

Seperti gula dalam darah, cara menjaga kesihatan buah pinggang juga perlu mengawal tekanan darah, seperti memakan buah epal berwarna merah yang baik untuk mengawal tekanan darah dan menurunkan darah tinggi.

Perlu diingat bahawa tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah punca utama kegagalan buah pinggang kerana ia menyebabkan arteri di sekeliling buah pinggang menjadi sempit, lemah dan menggeras.

Baca Lagi:

Lelaki terima jantung babi yang pertama meninggal dunia selepas dua bulan

Ramai yang tidak tahu ubat penawar paling mujarab bagi demam, batuk dan selsema adalah ‘GARAM’

[VIDEO] ‘Ayah nekad terus tinggal di Mekah selepas selesai umrah’

CATEGORIES