Kesilapan kira tahun dari pihak penjara, bekas banduan dipanggil semula habiskan sisa hukuman

Kesilapan kira tahun dari pihak penjara, bekas banduan dipanggil semula habiskan sisa hukuman

Kesilapan kira tahun dari pihak penjara, bekas banduan dipanggil semula habiskan sisa hukuman.

Seorang banduan yang telah dibebaskan secara sah tujuh bulan lalu dipanggil semula ke penjara kerana kesilapan teknikal daripada pihak penjara.

Dilaporkan, dia dipanggil semula ke penjara di wilayah Utara Payao kerana Jambatan Pembetulan (DOC) tersilap mengira hukuman penjara yang dikenakan ke atas lelaki tersebut.

Jabatan Pembetulan (DOC) mengaku telah melakukan kesilapan dalam menjatuhkan hukuman penjara kepada banduan tersebut.

Mereka kemudiannya memanggil semula bekas banduan tersebut untuk menghabiskan sisa hukuman penjaranya.

Kesilapan kira tahun dari pihak penjara, bekas banduan dipanggil semula habiskan sisa hukuman

Dilaporkan, bekas banduan tersebut dimasukkan ke penjara atas kesalahan mendaftarkan orang lain secara palsu di rumahnya.

Namun begitu, dia telah meminta bantuan dari peguamnya, Kiattikhun Tonyang untuk menyelesaikan masalah itu kerana dia tidak mahu kembali ke penjara kerana telah memulakan perniagaan ladang avocado.

Lelaki itu dilaporkan dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun di Penjara Wilayah Payao.

Dia telah dipenjarakan selama sepuluh bulan bermula pada 7 April tahun lalu dan dibebaskan pada 7 Februari tahun ini.

Selain itu, bekas banduan tersebut menyatakan bahawa hukumannya telah diringankan dan mendapat pengampunan sebanyak dua kali.

Tambahan lagi, dia turut dinaikkan pangkat menjadi banduan kelas khas dan kemudian dibebaskan.

Namun, selepas tujuh bulan dibebaskan, dia telah menerima saman daripada mahkamah menyatakan dia terpaksa kembali ke penjara selama tujuh bulan lagi kerana kenaikan pangkat kelas khasnya tidak diluluskan.

Peguam, Kiattikhun, memaklumkan kepada media bahawa beliau telah meminta Kementerian Kehakiman untuk menyiasat isu itu.

“DOC dan pihak Penjara Wilayah Payao harus lebih berhati-hati. Mana-mana orang tidak sepatutnya dipanggil semula ke penjara kerana salah faham atau salah perhitungan.”

“Kebebasan itu penting. Tiada siapa yang mahu kembali ke penjara, walaupun hanya untuk sehari atau satu jam. Para pegawai harus bertanggungjawab jika itu adalah kesilapan mereka.”

Semalam, DOC telah mengeluarkan dokumen untuk menjelaskan isu tersebut, dengan menerangkan proses kenaikan pangkat banduan.

“Jabatan itu berkata setiap penjara wilayah di Thailand mengadakan mesyuarat dalaman mengenai pembebasan khas dan kenaikan pangkat banduan. Selepas itu, setiap penjara menyemak senarai banduan yang layak dinaikkan pangkat.”

“Kemudian, setiap penjara wilayah menghantar senarai nama kepada DOC. DOC menyemak senarai dan menyerahkannya kepada Kementerian Kehakiman.”

Selain itu, Penjara Wilayah Payao berpendapat bahawa dia telah dinaikkan pangkat kepada banduan kelas khas dan tersalah mengira berapa tahun dia telah tinggal di penjara lalu dia dibebaskan.

Bagaimanapun, penjara menerima dokumen yang bertarikh 9 Februari 2022 daripada Kementerian Kehakiman menyatakan kenaikan pangkat khas bekas banduan itu tidak diluluskan.

Pada Pihak 18 Februari 2022, DOC mengeluarkan dokumen untuk memberitahu penjara dan banduan tentang pembatalan itu. Pihak penjara memberitahu bekas banduan tersebut tentang pembatalan itu, tetapi dia enggan kembali.

Kemudian, penjara memfailkan aduan kepada mahkamah, dan mahkamah mengeluarkan dokumen bertarikh 31 Mei 2022, untuk memanggil semula dia ke penjara.

DOC memaklumkan penjara bahawa mereka akan menjalankan siasatan sekali lagi untuk menentukan sama ada semua pihak mengikut peraturan dan syarat dengan betul.

Tambahan lagi, DOC mendedahkan bahawa terdapat dua lagi banduan telah dibebaskan secara salah dan perlu kembali ke penjara.

Baca Lagi:

Mayat lelaki dipercayai saksi utama kes rasuah ditemui rentung tanpa kepala

Sultanah Kelantan Diana Petra Abdullah dedah wajah buat pertama kali secara rasmi

Makcik minta sedekah kantoi main judi online (pussy888), siap sorok phone belakang tabung derma

CATEGORIES