Kes pertama dalam sejarah, buaya betina bertelur tanpa mengawan pasangan jantan

Photo of author

By Joe

Kes pertama dalam sejarah, buaya betina bertelur tanpa mengawan pasangan jantan. Kes pertama yang diketahui buaya boleh bertelur tanpa mengawan dengan pasangan jantan dilaporkan di sebuah zoo di Costa Rica.

Portal Independent melaporkan, ia strategi pembiakan jarang ditemukan yang boleh dikesan sehingga kepada dinosaur yang sebelum ini didokumentasikan oleh saintis.

Sepanjang dua dekad lalu, ahli zoologi semakin mendokumentasikan strategi pembiakan vertebrata yang sangat jarang berlaku dalam parthenogenesis fakultatif (FP) di mana haiwan betina bertelur atau melahirkan anak, tanpa mengawan.

Kes pertama dalam sejarah, buaya betina bertelur tanpa mengawan pasangan jantan

Sehingga kini, pelbagai organisma termasuk burung, reptilia bukan burung seperti cicak dan ular serta beberapa ikan, termasuk jerung, sudah ditunjukkan untuk membiak dalam cara aneh ini.

Bagaimanapun, persoalan masih kekal mengenai kejadian pembiakan ini di luar garis keturunan terutamanya buaya, kata penyelidik, termasuk dari Institut Politeknik Virginia dan Universiti Negeri di Amerika Syarikat (AS).

Mencari strategi pembiakan yang jarang berlaku dalam spesis buaya sudah menarik minat saintis.

Dalam kajian baharu, yang diterbitkan pada Rabu dalam jurnal Biology Letters, penyelidik mendokumentasikan bukti pertama FP dalam buaya Amerika atau nama saintifiknya, Crocodylus acutus.

Penyelidikan terbaharu adalah berdasarkan pemerhatian pada 2018 terhadap seekor buaya betina Amerika yang berada dalam kurungan selama 16 tahun, namun ia bertelur.

Penemuan itu, menurut penyelidik, adalah dokumentasi pertama cara pembiakan yang sangat jarang berlaku dalam spesies buaya.

Berikutan analisis genetik, saintis mengesahkan bahawa ibu buaya bertelur tanpa sebarang input daripada pasangan jantan – satu proses yang dikenali sebagai “kelahiran dara”.

Walaupun telur tidak menetas, penemuan itu menarik minat ahli biologi kerana ia menunjukkan terdapat asal-usul evolusi yang sama bagi strategi pembiakan yang jarang berlaku merentas reptilia, buaya dan burung.

buaya betina bertelur tanpa mengawan, AS, Amerika Utara, amerika

Baca Lagi:
Sekumpulan saintis temui gunung 4 kali ganda lebih besar dari Everest
Menteri dedah pemilik sebenar plat ‘FF 1’ termahal di Malaysia bernilai RM1.2 juta
9 tahun berumah tangga, isteri reda sign borang poligami untuk suami, sekali ini yang jadi pada majlis kenduri suami