Kes ibu mengamuk anak dituduh mencuri selesai, hanya salah faham

Kes ibu mengamuk anak dituduh mencuri selesai, hanya salah faham

Kes ibu mengamuk anak dituduh mencuri selesai, hanya salah faham. SEORANG lelaki yang dipercayai pengurus kedai serbaneka tampil menjelaskan insiden tular yang berlaku di salah sebuah cawangannya, berpunca daripada salah faham di antara pekerjanya dan juga pelanggan.

Menerusi video berdurasi 1 minit 10 saat yang dimuat naik di platform TikTok, pengurus kedai tersebut tampil menceritakan kembali situasi sebenar kejadian.

Menurut pengurus berkenaan, kejadian berlaku selepas salah seorang rakan kepada kanak-kanak lelaki itu didakwa mencuri dan memberitahu kepada kakitangan kedai serbaneka terbabit.

“Adik ini datang bersama tiga orang rakannya dan rakannya telah memaklumkan kepada pekerja saya bahawa adik ini telah mencuri.

“Pekerja saya telah bertanya kepada adik ini, betulkah adik mencuri? Adik ini telah berasa takut dan menangis, lantas dia berlari keluar bagi mendapatkan ibunya,” jelasnya dalam video tersebut.

Bagaimanapun, pengurus kedai serbaneka itu berkata, berdasarkan semakan rakaman litar tertutup (CCTV), pihaknya mendapati kanak-kanak lelaki berkenaan tidak bersalah, malah tiada kes kecurian berlaku.

“Kami telah membuat semakan melalui CCTV dan mendapati bahawa adik ini tidak mencuri dan tiada barang yang hilang.
“Di sini telah berlaku salah faham,” ujarnya.

Susulan daripada itu, ibu kepada kanak-kanak lelaki dan juga pekerja kedai serbaneka tersebut tampil bertemu dan saling bermaaf-maafan, malah mengakui akan kesilapan serta salah faham.

“Jadi, di sini saya merayu kepada semua agar tidak mengecam ibu kepada adik ini,” kata pengurus berkenaan.

Sebelum ini, tular video seorang wanita mengamuk di kedai serbaneka gara-gara berang apabila anak lelakinya didakwa mencuri oleh seorang pekerja.

Video yang meraih lebih sejuta tontonan itu memperlihatkan ibu kepada kanak-kanak lelaki berkenaan bertindak penuh emosi dengan meninggikan suara serta melakukan Facebook Live sebagai pengajaran kepada pelanggan-pelanggan lain dan pekerja kedai tersebut.

Perlakuan anaknya turut mencuri perhatian netizen apabila dilihat kuat memberontak dengan kerap menyepah barangan serta menendang kaunter kedai tersebut berikutan pertanyaan yang diterima.

Baca Lagi:

Jangan bagi 2 benda ini kepada anak lelaki selagi belum umur 17 tahun !

Pil molnupiravir untuk pesakit Covid-19 gejala ringan

[VIDEO] Askar Rusia menangis bercakap dengan ibu selepas serah diri

CATEGORIES