Kes dera empat murid, seorang guru tadika di tahan polis

polis jenayah

Kes dera empat murid, seorang guru tadika di tahan polis.

Polis sedang menjalankan siasatan terhadap seorang guru tadika kerana dipercayai mendera empat kanak-kanak yang juga muridnya di sebuah tadika swasta di Muar, baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner, Shahurinain Jais berkata, penahanan terhadap suspek berusia lewat 50-an itu telah dibuat selepas wanita berkenaan menyerah diri di balai polis pada Jumaat.

Beliau berkata, siasatan dibuat susulan ibu kepada salah seorang mangsa mempunyai satu rakaman video yang memaparkan anaknya telah didera oleh guru terbabit.

“Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Johor sedang menjalankan siasatan berkaitan kejadian penderaan di sebuah tadika swasta di Muar.

“Hasil siasatan mendapati seorang guru tadika wanita terbabit didakwa bertindak mengasari (mendera) empat murid lelaki berusia tiga hingga lima tahun.

“Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk pemeriksaan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

456925
Gambar hiasan

Shahurinain berkata, suspek kini telah direman selama enam hari sehingga Khamis depan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, suspek berkenaan disyaki telah melakukan perbuatan tersebut sejak November tahun lalu yang berlarutan hingga bulan lalu.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terlibat jika perlakuan adalah melibatkan kesalahan jenayah di sisi undang-undang,” tegasnya.

Baca Lagi:

Demi penyatuan ummah, gabungan besar dari pembangkang akan berlaku hadapi PRU15

Tak cakap banyak, suami tikam isteri tengah bogel atas katil bersama lelaki lain

Bahaya joging berseorangan, lelaki diculik 2 lelaki dan diliwat 8 kali berturut-turut

Leave a Reply

Your email address will not be published.