Kes culik : Lelaki teruk kena belasah orang kampung depan masjid Kota Bharu

Kes culik : Lelaki teruk kena belasah orang kampung depan masjid Kota Bharu

Kes culik : Lelaki teruk kena belasah orang kampung depan masjid Kota Bharu. Satu demi satu kes penculikan dilaporkan berlaku di Kota Bharu, Kelantan seperti mana yang didedahkan netizen di media sosial. Terbaharu, seorang lelaki yang didakwa cuba menculik seorang kanak-kanak perempuan berjaya dicekup orang ramai dalam kejadian pada Isnin malam.

Kejadian yang berlaku berhampiran sebuah masjid Kota Bharu, Kelantan itu menyaksikan suspek cedera dipukul orang ramai di lokasi tersebut.

Tular di laman sosial Facebook sejak Selasa, video berkenaan dikongsikan oleh salah seorang saksi yang berada di lokasi kejadian.

Kes culik : Lelaki teruk kena belasah orang kampung depan masjid Kota Bharu

Difahamkan, cubaan menculik itu disedari orang awam yang kebetulan melalui kawasan terbabit dan suspek yang menaiki motosikal terlebih dahulu ditahan sebelum dipukul beramai-ramai.

Saksi kejadian yang juga pemilik video, Danial, 18, mendakwa, penculik berjaya ditahan orang ramai dan dia dipukul agak teruk di kepala dan badan.

“Suspek menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX5 dan dipukul sehingga cedera.

“Kebetulan saya berada di situ dan orang ramai dah mula berhimpun dan pukul suspek tapi masih belum ada sebarang info terkini berkenaan suspek itu kerana dia nampak seperti warga asing.

“Mangsa budak perempuan berjaya diselamatkan dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan,” dakwanya kepada Majoriti.

Pihak polis difahamkan sedang menjalankan siasatan berkenaan kes penculikan terbabit dan belum ada sebarang kenyataan dari polis Kelantan setakat ini.

Baca Lagi:
PRU15: ‘Saya akan bertanding di kerusi pengkhianat’ – Anwar Ibrahim
Kes wanita pakai ihram rupanya sudah selesai tanpa pendakwaan
Pengasas Restoran Syed Bistro, Syed Kadir Syed Mahamad meninggal dunia
CATEGORIES