Kes akan mencecah 15,000 tidak lama lagi – KJ

rii3uuf 1643197465

Kes akan mencecah 15,000 tidak lama lagi.  Jangkitan Covid-19 dijangka mencecah sehingga 15,000 kes tidak lama lagi susulan negara kini berdepan gelombang Omicron, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

“Sepenuhnya dalam gelombang Omicron. Kes akan mencecah 15,000 tidak lama lagi.

“Masih ada satu juta warga emas yang tiada dos penggalak. Tolong maklum kepada orang-orang tua kesayangan anda untuk mendapatkan dos penggalak dengan segera,” katanya di Twitter.

Kes akan mencecah 15,000 tidak lama lagi - KJ

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas ciapan di Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, yang berkongsi model SEIR (Susceptible-Exposed-Infectious-Removed) kes harian Covid-19 dicatatkan seharian dan unjuran kes dari 31 Ogos 2021 hingga 31 Mac ini.

“Jika kadar kebolehjangkitan (Rt) adalah 1.2 kes harian diunjurkan mengikut kawasan warna beige. Namun dengan liputan vaksin yang luas dan dos penggalak dapat mengurangkan keparahan kes,” kata Hisham.

Kes Covid-19 meningkat hampir dua kali ganda sepanjang minggu lalu, daripada 5,566 kes pada 1 Feb kepada 10,089 hari ini.

Hisham berkata, hanya 77 kes dilaporkan hari ini berada dalam Kategori 3, 4 dan 5, dengan selebihnya pesakit menunjukkan simptom ringan atau tanpa gejala.

Baca lagi:  TERKINI !!! 10,089 kes baharu Covid-19

Punca kematian Rayan, kecederaan otak, paru-paru dan tulang patah

Pegawai JPJ hilang RM8,400, ditipu kenalan rakan di Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published.