Kerusi plastik merah ganti pelamin, pasangan pengantin baru ini raih perhatian

Photo of author

By Joe

Kerusi plastik merah ganti pelamin, pasangan pengantin baru ini raih perhatian. Sepasang pengantin baharu di Gresik, wilayah Jawa Timur menarik perhatian pengguna media sosial kerana melangsungkan majlis perkahwinan secara sederhana tanpa pelamin, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @putri.wedding, pasangan pengantin itu dilihat duduk di atas kerusi plastik berwarna merah.

Kerusi tersebut dijadikan sebagai pelamin tanpa sebarang perhiasan dan hanya berlatarbelakangkan kawasan rumah.

Kerusi plastik merah ganti pelamin, pasangan pengantin baru ini raih perhatian

“Majlis perkahwinan sederhana tanpa pelamin dan dekorasi mewah bukanlah halangan,” demikian menurut keterangan video itu.

Rakaman tersebut mencatatkan lebih 1.2 juta tontonan dengan 22,700 tanda suka.

“Yang penting selepas berkahwin! Cukup makan dan tidak berhutang,” kata seorang netizen.

“Definisi sebenar bahagia tidak perlu mewah,” kata netizen lain.

@putridewi.weddingSemoga bahagia selalu kak sindy dan suami 🥰

♬ suara asli – DENNY CAKNAN

Baca Lagi:
Angkara tamak bekas jutawan Thailand jatuh muflis, kini jual roti sandwic di tepi jalan
Pelanggan terkejut temui ular sawa sedang nyenyak tidur bawah meja di kedai dobi
Pelancong China basah kuyup serik tak mahu datang ke Kuala Lumpur lagi