Kerja syif malam boleh menyebabkan masalah daya ingatan dan jejas fungsi otak

shift work may put damper on a mans sex life 1440x810 22 59 575597 e1646836370763

Kerja syif malam boleh menyebabkan masalah daya ingatan dan jejas fungsi otak. Satu analisis terbaharu mendakwa bahawa bekerja secara syif pada waktu malam boleh menyebabkan masalah daya ingatan dan menjejaskan fungsi otak, lapor agensi berita United Press International, semalam.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Occupational and Environmental Medicine itu turut dikaitkan dengan tahap kewaspadaan dan fokus visual yang lebih rendah serta penurunan dalam keupayaan untuk mengawal impuls dan tindak balas situasi.

Keadaan ini berpotensi meningkatkan risiko kecederaan dan kesilapan di tempat kerja.

Berdasarkan data daripada 18 kajian yang secara kolektif melibatkan lebih daripada 18,000 peserta, penyelidik mendapati bahawa pekerja syif malam mempunyai markah lebih rendah pada ujian yang direka untuk mengukur kawalan impuls dan keupayaan membuat keputusan.

“Kajian terdahulu telah mengaitkan kerja syif dengan masalah tidur dan komplikasi kesihatan serius lain, termasuk penyakit jantung, obesiti, diabetes, gangguan mood dan penyalahgunaan bahan terlarang.

“Bekerja di luar kitaran siang malam bakal mengganggu jam dalaman badan atau rentak sirkadian,” kata saintis Universiti Swasta Sigmund Freud, Thomas Vlasak.

Baca lagi: 

[VIDEO] Budak lelaki berani kejar perompak bermotosikal

Ramai yang tidak tahu ubat penawar paling mujarab bagi demam, batuk dan selsema adalah ‘GARAM’

Singapura jauh lebih maju berbanding Malaysia kerana tiada UMNO/BN disana – Mohd Amar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *