Kerja gila! Profesor hantar DNA tubuhnya ke bulan supaya Alien klon dirinya akan datang

Photo of author

By Joe

Kerja gila! Profesor hantar DNA tubuhnya ke bulan supaya Alien klon dirinya akan datang. Seorang profesor fizik di Amerika Syarikat (US) membuat keputusan untuk menghantar asid deoksiribonukleik (DNA) tubuhnya ke Bulan, lapor The Sun US.

Difahamkan tujuan dia berbuat demikian adalah berharap supaya tamadun makhluk asing pada masa hadapan akan menggunakan DNA itu untuk menghasilkan klon dirinya.

Profesor berkenaan, Ken Ohm, 86, merupakan salah seorang daripada tujuh individu yang menyertai penghantaran DNA ke Bulan dalam misi anjuran syarikat pakar dalam bidang tersebut, iaitu Celestis.

Kerja gila! Profesor hantar DNA tubuhnya ke bulan supaya Alien klon dirinya akan datang

Dalam satu temu bual bersama The New York Times baru-baru ini, Ohm menjelaskan mengapa mereka bertujuh sedia untuk menjadi ‘bahan’ misi berkenaan.

Menurut Ohm, dia optimis tentang tamadun asing di angkasa lepas yang mempunyai keupayaan teknologi tinggi untuk mengambil menfaat ke atas DNA miliknya.

Dakwanya, dalam tempoh 30,000 ke 40,000 tahun dari sekarang, terdapat kemungkinan bahawa beberapa peninggalan tamadun terkini atau yang lain akan menemui genetiknya.

Tamadun tersebut haruslah mempunyai kemajuan yang tertinggi untuk mengambil dan mengkaji DNA berkenaan supaya misi pengklonan manusia dapat dicapai.

“Ia adalah sesuatu yang sangat menakjubkan,” katanya menjelaskan sekiranya DNA mereka benar-benar dapat dijumpai tamadun masa hadapan tersebut.

Tambahnya lagi, dia membayangkan bahawa dirinya yang sudah diklon itu akan diletakkan di dalam sangkar zoo, dipercayai sebagai ‘tatapan’ buat hidupan tamadun ketika itu.

“Digunakan untuk zoo antara galaksi dengan Ken Ohm di dalam sangkar, atau sekumpulan ribuan klon Ken Ohm yang telah dibentuk semula bertebaran ke seluruh alam semesta,” katanya.

Walau bagaimanapun, Ohm turut mengakui bahawa dirinya turut berasa sedikit ragu tentang apa yang akan berlaku ke atas DNA dirinya itu.

Selain itu, Ohm difahamkan pernah bercita-cita untuk ke angkasa lepas sebagai angkasawan, namun ia dihalang NASA atas faktor ketinggian badannya, 187 sentimeter.

“Saya lakukan segalanya yang patut dilakukan, kecuali mengecil,” kata Ohm kepada NY Times.

Baca Lagi:
Hidup merempat bersama anak, wanita akhirnya berjaya tamatkan pengajian demi ubah nasib keluarga selepas bercerai
“Satu keluarga menumpang, bila aku masak kaki ayam kicap, kakak ipar komplen cakap geli dan tak akan bagi anak dia makan bende tu”
Bekas pemain bola sepak Azmeer Yusof kongsi idea boleh jana pendapatan RM2,500 sebulan bagi yang nak bersara awal tapi tak cukup duit