Kerja gila orang ramai mandi pantai yang ada ‘bendera merah’. Beberapa orang kanak-kanak dilihat dengan santai melakukan aktiviti mandi-manda di sebuah pantai meskipun sudah diletakkan tanda amaran bahaya.
Menerusi video yang tular di media sosial baru-baru ini, terdapat bendera merah yang dipacakkan di kawasan pantai tersebut pada ketika itu.
Untuk makluman, tindakan memacak bendera di kawasan pantai adalah sebagai tanda amaran untuk melarang individu daripada melakukan aktiviti mandi-manda susulan keadaan laut bergelora atau berombak besar yang boleh mengundang risiko lemas.
Bagaimanapun, dalam video itu, beberapa pengunjung bersama anak kecil tanpa rasa takut melanggar amaran tersebut. Keadaan laut juga dilihat bergelora kuat diikuti angin yang kencang.
Pada masa sama, mereka juga dilihat melakukan aktiviti di dalam air laut yang bergelora dan berombak besar tanpa dihalang oleh pihak keselamatan pantai.
Namun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan serta lokasi sebenar juga tidak dapat dipastikan lagi.
Dah ada bendera merah masih nak main air lagi pic.twitter.com/T34vVuEaLf
— @ (@anthraxxx781) February 15, 2024
Susulan itu, rata-rata netizen yang melihat perkara tersebut juga meluahkan rasa berang dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit.
Ada netizen yang bersangka baik mungkin ibu-bapa terlepas pandang atau tidak mengetahui fungsi bendera mereh yang dipacakkan.