Kerja bawak Kren gaji memang masyuk RM10,000 ke atas, tapi ini yang kena hadap setiap hari

Kerja bawak Kren gaji memang masyuk RM10,000 ke atas, tapi ini yang kena hadap setiap hari

Kerja bawak Kren gaji memang masyuk RM10,000 ke atas, tapi ini yang kena hadap setiap hari.

Selalu je kan kita nampak dekat mana mana construction besar mesti ada Kren besar macam ni. Korang tahu tahu gaji dorang ni dapat masyuk gila gila? nampak macam pusing pusing gear jalan je kan… gaji besar mestilah datang dengan tanggungjawab yang besar. Tapi kalau nak pakai kete honda type-r boleh la kerja ni!

Gaji pekerjaan yang termahal.

Kerja bawak Kren gaji memang masyuk RM10,000 ke atas, tapi ini yang kena hadap setiap hari

Korang tahu tak bekerja sebagai operator tower crane ni tak memerlukan tahap pendidikan yang tinggi pun, malah operator tower crane antara salah satu pekerjaan dengan gaji termahal ditapak pembinaan.

Percaya atau tidak, gaji operator-operator ni basic pun dah RM4,000-RM5,000 sebulan, kebiasaanya memang akan selalu overtime sebab nak siapkan projek cepat, jadi gaji diorang ni boleh cecah RM10,000 sebulan tau.

Kena tahu bahasa isyarat
Kerja sebagai operator tower crane ni bukanlah semata-mata duduk je kat dalam kren kemudian mengawal kren untuk angkut barang dari satu tempat ke satu tempat je. Malah korang kena tahu nama dan fungsi setiap komponen, kena tahu membezakan suatu komponen tu dalam keadaan yang baik atau tidak, sebab koranglah yang kena lakukan pemeriksaan harian atau pemeriksaan berkala terhadap kren.

Korang juga wajib menguasai bahasa isyarat yang digunakan sewaktu mengendalikan kren. Bahasa isyarat ni sangat penting untuk difahami oleh operator kren supaya tidak tersilap langkah sehingga boleh membahayakan nyawa pekerja lain.

Berisiko menghadapi kemalangan maut

Kerja bawak Kren gaji memang masyuk RM10,000 ke atas, tapi ini yang kena hadap setiap hari

Dorang terpaksa menanggung risiko pekerjaan yang tinggi setiap hari. Mana taknya, kerja berjam-jam dekat tempat tinggi, risiko jatuh masa nak panjat ke atas kren dan risiko kren tumbang sampai boleh buat hilang nyawa bila-bila masa je boleh terjadi.

Tu belum lagi risiko cuaca buruk secara tiba-tiba. Macam tiba-tiba ada ribut ke angin kencang ke kan. Mau nak terkucil takut kalau tiba-tiba ribut.

Kencing dan berak dalam tren je

Kerja bawak Kren gaji memang masyuk RM10,000 ke atas, tapi ini yang kena hadap setiap hari

Menurut perkongsian seorang operator tower crane, sepanjang waktu kerja, dorang tak boleh turun makan mahupun ke tandas.

Untuk naik ke atas semasa baru sampai kerja tu, operator akan menaiki lift sementara yang dipasang pada bangunan yang sedang dibina tu, dan dari bangunan tu, operator perlu melintasi titian kecil yang menyambungkan bangunan dan kaki tower crane, tapi oleh kerana tower crane ni dipasang lebih tinggi dari bangunan yang sedang dibina, operator perlu memanjat sendiri diketinggian selebihnya.

Kalau nak makan atau buang air semasa waktu kerja, dorang kena lakukan di dalam kren je.

Bab makan tu ok lagi, tp kencing dan berak tu macam mana pulak? Haa kalau korang nak tahu, dorang akan kencing kat dalam bekas/botol air dan berak pulak, kat dalam beg plastik. Bila dah habis waktu kerja, dorang akan bawa turun ‘sisa-sisa’ ni untuk dibuang ditempat yang sepatutnya. Korang sanggup?

Baca Lagi:

Suami isteri terkejut akaun bank ada RM208 bilion

Selepas setahun diburu akhirnya Nicky Liow serah diri

PANAS!!! ADUN Kelantan ditipu scammer hampir RM85,000 lesap

CATEGORIES