Kereta tiba-tiba jatuh dari tingkat 1 di Terminal 1

Photo of author

By Joe

Kereta tiba-tiba jatuh dari tingkat 1 di Terminal 1. Orang awam yang berada di Terminal 1, di sini, terkejut dengan insiden sebuah kereta yang tiba-tiba terjunam dan menghempap kereta lain, tengah hari tadi.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 12.30 tengah hari itu, Honda City tersebut difahamkan diletakkan di kawasan parkir tingkat satu sebelum ia terjunam.

Seorang penumpang bas yang enggan dikenali berkata bahawa dia kebetulan berada di lokasi sebelum mendengar bunyi dentuman kuat. Dia kemudian menoleh ke arah lokasi kejadian dan mendapati sebuah kereta terbalik di jalan.

Kereta tiba-tiba jatuh dari tingkat 1 di Terminal 1

“Beberapa orang awam mendekati kereta berkenaan dan terdapat seorang lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an berada di tempat duduk pemandu,” katanya.
“Tidak tahu tahap kecederaannya, cuma nampak kepalanya berdarah. Manakala sebuah lagi kereta tiada pemandu kerana hanya diparkir di kawasan itu,” katanya ketika ditemui.

Dia berkata, terdapat pagar penghadang di lokasi kejadian yang dipercayai turut terjatuh dari tingkat satu tempat letak kereta yang dirempuh oleh pemandu Honda City.

“Pemandu Honda City dibawa ke hospital oleh orang awam menggunakan kereta. Nampak dia masih boleh berjalan ketika dibawa ke kereta untuk ke hospital.

“Kereta Proton Saga pula hanya mengalami kerosakan pada bahagian hadapan. Itu yang dapat dilihat dari luaran sahaja,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din mengesahkan kejadian itu dan berkata laporan mengenai insiden tersebut sudah diterima.

Baca Lagi:
Kisah cinta di pusat jagaan orang tua, warga emas umur 80 tahun kahwin dengan gadis muda
“Jangan biasakan diri dengan hutang”- Khairul Aming dedah cara urus kewangan buat ramai anak muda buka mata
Dompet pelajar wanita yang hilang selama 63 tahun ditemui semula, isi dalamnya buat ramai tak sangka..