Kereta tersadai di ladang kelapa sawit dihurungi lalat bongkar ada jasad reput 10 hari di tempat duduk depan

Photo of author

By Joe

Kereta tersadai di ladang kelapa sawit dihurungi lalat bongkar ada jasad reput 10 hari di tempat duduk depan. Orang ramai dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki di dalam sebuah kereta di tepi semak dalam kejadian pada Jumaat.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Pontian, Johor.

Difahamkan, mangsa yang ditemui berada di dalam kereta jenis Toyota Vios itu berumur 31 tahun.

Kereta tersadai di ladang kelapa sawit dihurungi lalat bongkar ada jasad reput 10 hari di tempat duduk depan

Video mengenai penemuan mayat tersebut tular di media sosial.

Menerusi gambar yang tular di media sosial, keadaan kerusi pemandu di dalam kereta tersebut terlihat seolah-olah seseorang berada dalam keadaan berbaring.
Selain itu, terlihat juga kuali berisi arang yang telah dibakar serta bekas plastik berisi arang di tempat duduk penumpang.

Ramai yang percaya mangsa mungkin telah meninggal dunia akibat keracunan karbon monoksida.

Berdasarkan maklumat awal, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) telah mengeluarkan mayat untuk diserahkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohamad Shofee Tayib, menyatakan bahawa laporan mengenai penemuan mayat di dalam sebuah kereta di hadapan reban ayam itu diterima pada pukul 12.45 tengah hari.

“Hasil siasatan awal menunjukkan mayat lelaki tempatan berumur 31 tahun yang ditemui di kerusi pemandu itu didapati telah meninggal dunia beberapa hari. Ini berdasarkan keadaan mayat yang telah mengalami proses pereputan.

“Siasatan awal juga mendapati si mati merupakan individu yang dilaporkan hilang sejak 21 Mei lalu. Pihak keluarga telah dimaklumkan tentang kejadian ini dan diminta hadir ke Hospital Pontian untuk pengesahan. Mayat telah dihantar ke Hospital Pontian untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mohamad Shofee juga menyatakan bahawa setakat ini, kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, diminta untuk menghubungi terus talian Hotline IPD Pontian 07-6869999,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Penolong Penguasa Bomba, Azhar Abd Jalil, menyatakan bahawa tujuh anggota telah dihantar untuk membantu mengeluarkan mayat dari kereta tersebut.

Baca Lagi:
“Macam ada orang pegang”- Tular rakaman cctv bayi berdiri atas kayu katil dalam tempoh masa lama
“Takut LHDN cari”, Leona tarik balik kenyataan terlepas cakap jana pendapatan RM30,000 sebulan
“Suami aku tak boleh terima kaki dia kena potong, dari seorang yang penyayang sekarang jadi orang yang baran”