Kereta terjunam masuk laut ketika beratur masuk feri

Kereta terjunam masuk laut ketika beratur masuk feri

Kereta terjunam masuk laut ketika beratur masuk feri. Sepasang suami isteri berdepan detik mencemaskan apabila kereta yang mereka naiki terjatuh ke dalam laut ketika ingin memasuki feri kenderaan di Dermaga Dua Pelabuhan Merak, di sini pada Jumaat lalu.

Ketika kejadian, pasangan suami isteri tersebut iaitu Yunianto Pramono dan Natasha Rosa yang berasal dari Depok dalam perjalanan ke Palembang.

Pasangan itu kini menerima rawatan di hospital selepas diselamatkan pasukan penyelamat dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Kereta terjunam masuk laut ketika beratur masuk feri

Dalam pada itu, Menteri Perhubungan, Budi Karya Sumadi meminta PT ASDP Indonesia Ferry selaku pengendali pelabuhan bertanggungjawab terhadap insiden terbabit.

Beliau meminta syarikat tersebut membayar ganti rugi dan menanggung kos rawatan pasangan suami isteri berkenaan berhubung kejadian yang berlaku.

“Kita minta pihak yang bertanggungjawab menguruskan semua keperluan yang diperlukan mangsa kerana kejadian ini berlaku akibat kecuaian,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Selain itu, Budi juga menggesa supaya syarikat berkenaan menilai semula dan membaiki mana-mana sistem serta perkhidmatan yang sudah uzur agar insiden serupa tidak berulang.

Katanya, insiden yang berlaku boleh dijadikan pengajaran buat semua pelabuhan di negara ini supaya tidak mengambil mudah semua perkara sehingga berlakunya insiden yang tidak diingini.

“Pertama kali, atas nama Kementerian Perhubungan, kami ingin memohon maaf terhadap insiden yang berlaku dan kejadian tersebut merupakan pengajaran penting buat kita semua,” ujar Budi.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, ketika kenderaan mangsa ingin memasuki feri tersebut, tali yang menahan pengangkutan air berkenaan tertanggal sehingga menyebabkannya bergerak, lalu kenderaan terbabit terjunam ke dalam laut.

Baca Lagi:
Bukan niat menakutkan pelanggan, ini 5 rahsia di bilik hotel yang perlu anda tahu
Netizen terkejut tengok penampilan Bella Astillah semakin seksi – Apa sudah jadi?
Isu Ebit Lew dan PU Azman, Safiey Illias bagi pesanan padu buat netizen
CATEGORIES