Kereta peronda MPV iring MB Johor terbalik kemalangan

WhatsApp Image 2022 04 07 at 8.20.54 PM

Kereta peronda MPV iring MB Johor terbalik kemalangan.

Sebuah kereta peronda (MPV) dipandu anggota polis terlibat kemalangan selepas terbalik ke bahu jalan semasa melaksanakan tugas mengiringi Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Kilometer 76 Jalan Johor Bahru – Mersing pagi tadi.

Difahamkan kenderaan tersebut mengiringi Onn Hafiz yang melakukan lawatan ke Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) di Jeti Awam Majlis Daerah Mersing susulan empat warga asing yang hilang selepas melakukan aktiviti menyelam di Pulau Tokong Sanggol Mersing semalam.

WhatsApp Image 2022 04 07 at 8.20.54 PM

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 9.50 melibatkan MPV jenis Honda Civic.

“Kemalangan ini dipercayai berlaku apabila mangsa (pemandu) dalam perjalanan dari arah Mersing menghala ke Johor Bahru dimana mangsa telah gagal mengawal kenderaan yang dipandu ketika melalui selekoh akibat jalan licin serta basah kerana hujan dan terbabas ke kiri jalan lalu terbalik.

“Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua mangsa, iaitu pemandu yang berumur 32 tahun mengalami kecederaan ringan dan penumpang (kru) yang berumur 42 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca Lagi:

Berang suami tak bagi kerjasama jalin hubungan intim, wanita amuk guna pedang samurai

Bekas pelajar terkejut temui guru yang mengajarnya dahulu merempat di Stesen Keretapi jadi gelandangan

Tular lelaki berbogel di lobi hotel Genting Highlands

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *