Kereta pelanggan Lexus RX300 F Sport hilang di pusat servis

Kereta pelanggan Lexus RX300 F Sport hilang di pusat servis

Kereta pelanggan Lexus RX300 F Sport hilang di pusat servis.

Seorang pelanggan berputih mata selepas kereta yang dihantar ke sebuah pusat servis kenderaan di Ayer Keroh di sini hilang semasa menjalani penyelenggaraan berjadual.

Tay Han Sin, 49, berkata, kejadian berlaku pada 25 Ogos lalu ketika dia menghantar kereta model Lexus RX300 F Sport untuk penyelenggaraan kali kedua di tempat sama.

Menurutnya, beberapa jam selepas itu dia dimaklumkan keretanya telah dibawa keluar oleh seseorang selepas menjalani penyelenggaraan.

Kereta pelanggan Lexus RX300 F Sport hilang di pusat servis

“Saya terkejut apabila pusat servis memaklumkan saya sudah mengambil kereta sedangkan saya baru hendak berbuat demikian. Semakan kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali mengambil kunci berkenaan.

“Susulan kejadian itu, aduan di peringkat dalaman dan laporan polis telah dibuat. Bagaimanapun, saya terkilan dengan layanan pusat servis berkenaan yang tidak banyak membantu untuk menyelesaikan masalah ini.

“Saya hanya sempat menggunakan kereta tersebut selama enam bulan. Saya tetap perlu membayar ansuran kereta lebih RM2,000 sebulan meskipun kenderaan itu gagal dikesan sehingga kini,” katanya dalam sidang akhbar di hadapan pusat servis berkenaan di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Pusat Pengaduan Awam MCA Melaka, Dennis Lee Han Lim berkata, setelah hampir sebulan menunggu, masih tiada jawapan kukuh berhubung kejadian diberikan pusat servis terlibat.

Katanya, kes tersebut masih dalam siasatan dalaman membabitkan pelbagai pihak termasuk polis.

“Saya dimaklumkan proses untuk menyelesaikan isu ini akan mengambil sedikit masa. Pihak syarikat dan insurans sudah mengetahui perkara ini dan akan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diterima termasuk siasatan pihak polis.

“Saya menyeru kepada semua pihak untuk meningkatkan ciri keselamatan di premis masing-masing terutamanya yang melibatkan harta milik pelanggan. Kes kecurian membabitkan pusat servis kereta mungkin taktik baharu dan orang ramai diminta lebih berhati-hati,” katanya.

Baca Lagi:

Bapa jutawan, tapi nafkah anak hanya RM5,000 sebulan dedah bekas isteri DDNK

Dua murid hampir diculik oleh lelaki di hadapan sekolah

Warga emas pasang 9 penyaman udara di rumah, sanggup bayar bil RM32,900 sebulan

CATEGORIES