Kereta Myvi tak laku di Indonesia

Kereta Myvi tak laku di Indonesia

Kereta Myvi tak laku di Indonesia. Saya masih ingat apabila pihak Daihatsu Jepun sangat terkejut dengan sambutan Perodua Myvi ketika mula diperkenalkan pada 2005. Ia adalah kereta bersaiz penuh pertama yang diperkenalkan Perodua dan dengan harga jualan yang menarik, ia pantas mendapat kepercayaan pembeli di Malaysia.

Kerana Myvi juga, Perodua telah berjaya menduduki carta pertama jualan kereta sejak hari pertama ia diperkenalkan dan kini sudah tiga generasi, Myvi tetap unggul dalam kategorinya.

Tapi, bagaimana sebuah kereta yang laris luar biasa boleh gagal di sebuah pasaran kereta penumpang terbesar di rantau ini?

Daihatsu Indonesia menggunakan Perodua bagi produk kereta bandar mereka. Dari zaman Perodua Kancil yang dijenamakan semula sebagai Daihatsu Ceria kemudian Myvi menjadi Daihatsu Sirion.

Anehnya, angka jualan Myvi yang menggunakan logi Daihatsu Sirion itu tidak pernah mengagumkan pun. Ketika Myvi generasi kedua diperkenalkan, Sirion di Indonesia bergelut untuk bersaing dengan Honda Jazz (GE), Yaris, SUzuki Swift malah Ford Fiesta pun boleh jual lebih baik dari Sirion.

Lebih memeranjatkan lagi, generasi terkini Myvi juga tidak mencatatkan jualan yang memberansangkan pun. Malah, jualannya merosot lebih 20 peratus berbanding model sebelumnya.

daihatsu sirion indonesia sales 002

Ini adalah carta jualan yang dicatat oleh media di sana, Automagz.net. Dari jualan yang kita lihat di atas, cukup pelik bilamana catatan jualan tertinggi adalah pada bulan pelancarannya sahaja iaitu 200 unit pada Februari 2018.

Sementara jualan terendah pula adalah pada bulan September lalu iaitu sebanyak 34 unit. Sebagai perbandingan, 34 unit Myvi di Malaysia boleh dijual dalam masa setengah hari sahaja.

Ironinya, pasaran kenderaan di Indonesia sangat kompetitif. Walaupun Sirion/Myvi didatangkan dengan spesifikasi yang maju seperti sistem keyless, lampu LED dan sebagainya, ia gagal menarik minat pembeli Indonesia.

Ini kerana terlalu banyak kereta kecil yang dijual di sana dan ternyata, harga jualan menjadi percaturan penting. Datsun Go misalnya, gagal dalam banyak ujian keselamatan, namun bagi negara yang memerlukan mod pengangkutan mudah berbanding skor NCAP, ia masih boleh dijual.

daihatsu sirion indonesia sales 011

Selain itu, Daihatsu Indonesia juga terpaksa bersaing dengan kereta kompak Honda Brio. Toyota Astra Indonesia juga ada Agya, Yaris yang rata-ratanya sudah diperkenalkan sebagai model baru.

Malah dalam kem Daihatsu sendiri, mereka ada beberapa model yang berada dalam lingkungan harga yang hampir sama dengan Sirion. Xenia (Avanza), Luxio, Gran Max dan Terios terbaru.

daihatsu sirion indonesia sales 001

Jadi, ia benar-benar percaturan susah untuk Daihatsu Indonesia dan jika anda lihat pada infografik di atas, ia memperlihatkan penurunan ketara dari dua generasi Sirion.

Pelik?

Tidak sebenarnya. Realitinya, Perodua di Malaysia sangat betuah kerana Myvi tidak ada saingan berdepan yang benar-benar kuat. Paling hampir ialah Iriz, namun reputasi Proton tanpa Mitsubishi tidak cemerlang. Saingan lainnya seperti Jazz, masih jauh julat harga jualan.

Suzuki Swift sudah tiada di pasaran. Ford Fiesta sudah habis, UMW Toyota tiada Yaris dan Honda Malaysia tidak membawa masuk Brio dan Mitsubishi Mirage pula rekabentuknya acik acik saja.

Dan Perodua juga bijak mempelbagaikan teknologi. Memasukkan spesifikasi seperti ASA, lampu LED, sistem tanpa kunci, ESC, ABS dan ciri-ciri keselamatan lain pada kereta bandar mampu milik sudah tentu menarik ramai pengguna. Apatah lagi reputasi enjin Daihatsu-Toyota yang memang tidak perlu dipertikaikan lagi.

Baca Lagi:

[VIDEO] Sakit hati isteri minta cerai, lelaki bawa lori angkut semua hadiah perabot rumah

Bahaya joging berseorangan, lelaki diculik 2 lelaki dan diliwat 8 kali berturut-turut

Untuk mengelakkan serangan gastrik ketika berpuasa, amalkan 9 pemakanan ini

CATEGORIES
TAGS