Kereta meletup, anak perempuan pakar sains dan falsafah terkenal Russia terbunuh

Kereta meletup, anak perempuan pakar sains dan falsafah terkenal Russia terbunuh

Kereta meletup, anak perempuan pakar sains dan falsafah terkenal Russia terbunuh.

Sebuah kereta milik anak perempuan pakar sains politik dan falsafah terkenal Rusia Alexander Dugin meletup lewat Sabtu di Moscow, lapor Agensi Anadolu memetik media.

Kereta Darya Dugina meletup di lebuh raya Mozhayskoye kira-kira 9.45 malam waktu tempatan dan saksi mendakwa letupan berlaku di tengah jalan menyebabkan serpihan kereta bertaburan.

Menurut laporan awal beliau meninggal dunia di lokasi kejadian.

Setakat ini tiada pengesahan atau maklumat rasmi mengenai punca letupan.

Tidak jelas sama ada letupan itu satu percubaan bunuh yang menyasarkan bapanya. Alexander Dugin disifatkan sebagai antara individu penting kepada Presiden Rusia Vladimir Putin.

Seperti bapanya, Darya Dugina juga terlibat dalam bidang kewartawanan, falsafah dan sains politik.

Baca Lagi:

Suara Aliff Syukri sumbang, tak sepadan dengan suara Baby Shima’ – Pengarah Muzik RTM

Berita baik buat penjawat awam akan diumumkan pada 30 Ogos ini – PM

Wanita ini tuntut bayaran setiap manusia dibumi kerana guna Matahari miliknya

CATEGORIES