Kereta ini dianugerahkan sebagai paling ‘lowered’ di dunia, hanya 2.5cm nak sentuh jalan

Photo of author

By Joe

Kereta ini dianugerahkan sebagai paling ‘lowered’ di dunia, hanya 2.5cm nak sentuh jalan. Kereta jenis Fiat Panda yang telah direndahkan dengan hanya 2.5 sentimeter dari jarak tanah telah dinobatkan sebagai kereta terendah di dunia.

Kenderaan yang telah diubah suai itu dilaporkan berfungsi sepenuhnya seperti kereta biasa dan boleh dipandu di jalan raya.

Memetik Aglomerado, ubah suai kenderaan model Fiat Panda itu telah dilakukan oleh sekumpulan pemuda yang berbakat dari saluran YouTube Carmagheddon.

Kereta ini di anugerahkan sebagai paling 'lowered' di dunia, hanya 2.5cm nak sentuh jalan

Evolusi Fiat Panda menjadi kereta terendah di dunia

Fiat Panda pada asalnya ialah sebuah kenderaan SUV Itali yang kecil dan kereta itu dipilih kerana ia sempurna untuk projek tersebut.

Dijadikan ringan dan kuat, Panda telah menjalani satu siri pengubahsuaian drastik untuk mencapai bentuk semasanya.

Selepas proses memotong dan memasang, hanya beberapa bahagian utama sahaja yang diambil dari Panda asal. Kereta itu kemudiannya telah diubah menjadi basikal roda tiga yang luar biasa.

Fiat Panda yang diubah suai menampilkan reka bentuk yang mengagumkan dan di luar jangkaan.

Memiliki ketinggian yang sangat rendah, kereta itu kelihatan terpaku di tanah serta memberikan rupa yang unik dan futuristik.

Untuk memastikan strukturnya selamat, kenderaan itu telah diperkukuh dan menjadikannya sangat ringan dan kuat.

Berdasarkan video tersebut, untuk memandu kereta yang luar biasa ini, pengendali terpaksa baring sepenuhnya dan penglihatannya juga hampir terhalang.

Bagi mendapatkan visual yang jelas di luar, kamera terpaksa digunakan bagi memastikan pemandangan tidak terhalang dan menjejaskan pemanduan.

Walau bagaimanapun, memandu kereta ini memerlukan kemahiran yang tinggi kerana pemandu boleh terdedah kepada halangan yang berbeza, terutamanya di jalan yang berbatu.

Fiat Panda yang diubah suai itu adalah pencapaian luar biasa dalam kejuruteraan automotif dengan ketinggian yang rapat ke tanah.

Di sebalik keterbatasan dan cabaran yang dihadapi oleh pemandu, kereta unik ini membuktikan bahawa ia kenderaan yang luar biasa.

Fiat Panda rendah ialah karya seni sebenar di atas roda dan demonstrasi kreativiti serta kemahiran teknikal orang Itali seperti dalam Carmagheddon.

Baca Lagi:
Kedai kereta ‘recond’ terpaksa potong harga kaw-kaw jual Tesla, orang ramai ambil peluang tempah sampai habis stok
5 selebriti yang semakin laris selepas bergelar janda ‘meletup’ Malaysia
Isteri kantoi curang di Tanah Suci, siap ‘check in’ hotel mewah bersama suami orang di Madinah