Kereta calar dilanggar teksi, punya lah baik hati pemandu Porche ini hanya minta ganti rugi RM3 sahaja

Kereta calar dilanggar teksi, punya lah baik hati pemandu Porche ini hanya minta ganti rugi RM3 sahaja

Kereta calar dilanggar teksi, punya lah baik hati pemandu Porche ini hanya minta ganti rugi RM3 sahaja.

Ketika seluruh dunia sedang berdepan wabak COVlD-l9, rakyatnya mula dihimpit tekanan di mana semua golongan terkesan dengan keadaan ekonomi yang merosot.

Selalunya keadaan sebegini mendorong rakyat untuk bertindak luar kawalan, perasaan marah menguasai diri dan selalunya akan bertindak mengikut emosi.

Namun hal sebaliknya berlaku di Singapura apabila seorang lelaki masih mampu menonjolkan sifat kemanusiaan dan peribadi mulia meskipun kereta mewahnya diIanggar.

Kereta calar dilanggar teksi, punya lah baik hati pemandu Porche ini hanya minta ganti rugi RM3 sahaja

Individu tersebut yang memandu kereta mewah jenama Porche telah menunjukkan kebaikan apabila dia memutuskan untuk mengenakan bayaran S$1 (RM3) kepada seorang pemandu teksi yang meIanggar kereta beliau.

Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, Fed Wu telah menceritakan kejadian yang berlaku pada 13hb Februari lalu di mana beliau terlibat dalam kemaIangan dengan seorang pemandu teksi dan keretanya telah mengalami beberapa calar.

Fed Wu bagaimanapun berkata pemandu teksi tersebut tenang dan mengakui kesalahannya yang menjadi punca kepada kemaIangan kecil itu tanpa melakukan sebarang provokasi.

Mereka kemudian bertukar maklumat diri bagi tujuan membincangkan pembayaran untuk baik pulih kenderaan.

Kereta calar dilanggar teksi, punya lah baik hati pemandu Porche ini hanya minta ganti rugi RM3 sahaja

Berdasarkan screenshot perbualan di Whatsapp, difahamkan pemandu teksi telah memindahkan wang sebanyak S$ 200 (kira-kira RM600) kepada pemandu Porsche.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila Fed Wu, yang juga pemandu Porsche tersebut berkata dia berjaya membaiki keretanya itu dengan harga yang lebih murah.

Dia kemudian memberitahu pemandu teksi itu bahawa dia dia faham sebagai pemandu teksi, ianya bukanlah pekerjaan yang mudah, malah berisiko tinggi. Justeru dia memutuskan untuk mengembalikan wang kepada pemandu teksi tersebut.

Fed Wu kemudian telah memindahkan S$ 199 (RM593) semula kepada pemandu teksi dan menunjukkan ‘screenshot’ transaksi bank.

Sehubungan itu pemandu teksi tersebut telah mengucapkan terima kasih kepada Fed Wu kerana sememangnya dia sedang mengalami saat sukar selepas kejadian itu namun perlu terus bekerja untuk mencari rezeki.

Baca Lagi:

Pelajar Kristian direjam sampai mati, dituduh hina Nabi Muhammad

Suami terharu keempat-empat isteri saling bermaafan di pagi raya, kira duit raya depan isteri

Cinta berputik di sawah padi, warga emas tersenyum tanpa henti nikah janda berumur 19 tahun

CATEGORIES