Kereta buatan China ‘hamil’ raih perhatian ramai

Photo of author

By Joe

Kereta buatan China ‘hamil’ raih perhatian ramai. Suhu panas melampau yang kini melanda sebahagian China telah menjejaskan bukan sahaja manusia tetapi juga mesin, apabila bonet kereta kelihatan ‘membuncit’ seperti wanita yang sedang hamil, lapor portal berita Daily Tribune kelmarin.

Rakaman video yang menunjukkan bonet menggelembung itu telah tular di platform media sosial, dengan sesetengah netizen menamakan kenderaan tersebut sebagai ‘kereta hamil’.

Beberapa pengguna di platform X mendakwa bahawa kesan sedemikian hanya kelihatan pada kenderaan buatan tempatan.

Kereta buatan China 'hamil' raih perhatian ramai

“Bukan gurauan! Kereta buatan China ‘hamil’ apabila terlalu panas,” kata wartawan tempatan, Jennifer Zeng di platform X.

Klip video tersebut turut memaparkan beberapa kereta lain yang diletakkan di bawah panas matahari di tempat terbuka.

Menurutnya, beberapa kenderaan, termasuk yang buatan luar negara, mengalami masalah yang sama.

Masalah ini berlaku apabila gas dan udara pada pelekat yang melindungi cat dan menyeliputi badan kenderaan terperangkap, lalu mengembang akibat suhu panas yang melampau.

Baca Lagi:
Rupanya gaji Menteri Besar & Ketua Menteri di Malaysia lebih tinggi berbanding gaji Perdana Menteri
Pernah menang pingat gangsa Sukan SEA, bekas atlet berbasikal kini jadi peniaga kopi
Wanita geli nak makan makanan sebab rider OKU yang hantar