‘Kereta bergoyang di tempat parkir’- Petugas kesihatan wanita kantoi buat ‘projek’ dengan Ketua Pegawai Daerah. Curiga melihat sebuah kereta Daihatsu Terios hitam yang bergoyang tanpa henti, orang awam yang kebetulan berada di kawasan parkir sebuah pusat perubatan awam segera melakukan pemeriksaan. Memalukan, ternyata seorang lelaki dan seorang perempuan didapati sedang melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam kereta tersebut dalam keadaan masih mengenakan uniform rasmi.
Hasil maklumat lanjut mendapati wanita berkenaan adalah seorang petugas kesihatan (bidan) yang juga merupakan seorang janda, manakala lelaki itu adalah Ketua Pegawai Daerah yang sudah berkahwin.
Tidak pasti sejauh mana hubungan mereka, namun kejadian tangkap basah ini sudah pun sampai ke pengetahuan ketua jabatan kedua-dua pihak.
Ketua Pegawai Daerah telah digantung tugas buat sementara waktu. Pada masa ini, siasatan berhubung perkara ini masih berjalan. Tindakan terhadap petugas kesihatan wanita tersebut belum diputuskan kerana masih menunggu laporan penuh daripada jabatan kesihatan.
Kedua-dua pihak telah dipanggil oleh pihak atasan untuk memberikan penjelasan. Mereka juga berdepan dengan risiko ditamatkan perkhidmatan daripada sektor awam akibat kesalahan tatatertib dan melanggar etika kerja.
@kabarbaikdotco Seorang Camat inisial G di Karawang digerebek warga karena berbuat masum dengan seorang bidan di parkiran rumah sakit Hastien. Dia terancam dipecat setelah ketahuan melakukan tindakan mesum dengan seorang bidan yang berstatus sebagai ASN puskesmas. Tindakan G terbongkar setelah sebuah video viral di media sosial. Video tersebut memperlihatkan keduanya tertangkap tangan melakukan tindakan mesum di dalam sebuah mobil di parkiran Rumah Sakit Hastien, Rengasdengklok, Karawang, Rabu (4/9/2024) siang. #kabarbaik #news #viral #karawang ♬ Dj Jedag Jedug Stereo Love x Aku Yang Dulu – Lucky Fvnky