Kerbau termahal di dunia, harga cecah RM2.3 juta, rupanya sebab ini

Photo of author

By Joe

Kerbau termahal di dunia, harga cecah RM2.3 juta, rupanya sebab ini. Sangat unik dan di luar kebiasaan!

Begitulah kisahnya untuk seekor kerbau jenis albino di wilayah Phetchaburi, tengah Thailand yang dijual pada harga 18 juta baht (RM2.3 juta).

Kerbau gergasi milik penternak, Damrongsak Morakot yang diberi nama Ko Muang Phet itu berketinggian 180 sentimeter, kira-kira lima kaki dan sembilan inci.

Kerbau termahal di dunia, harga cecah RM2.3 juta, rupanya sebab ini

Ia dibeli oleh pihak pengurusan Ladang Ternak Wanasuwan di Chiang Rai pada Festival Kerbau Uthai Thani ke-12.

Haiwan besar dan berwajah cantik itu turut mencuri perhatian kerana ‘membintangi’ drama popular, Mon Rak Luk Thung sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai ikon di sebalik kandang.

Memiliki kecantikan luar biasa dan badan yang sangat besar, Ko Muang Phet bukan sekadar haiwan ternakan, ia juga dianggap sebagai keajaiban genetik.

Kerbau itu mempunyai 90 peratus peluang untuk mewariskan ciri albinonya kepada zuriatnya yang jarang ditemui di Thailand.

Baca Lagi:
Pekerja asing kerja di Malaysia 6 bulan berjaya beli Mazda, pinjaman lulus dalam sehari
Lelaki tunggu azan Maghrib terkejut dengar suara budak sekolah menjerit dalam bas
“Korang ni meniaga macam mana?”, Lelaki patah gigi makan popia keras beli di bazar