Kerajaan Perpaduan gugurkan semua lantikan politik serta-merta

Kerajaan Perpaduan gugurkan semua lantikan politik serta-merta

Kerajaan Perpaduan gugurkan semua lantikan politik serta-merta. Kontrak semua pengerusi dan ahli lembaga yang dibuat melalui pelantikan politik dalam firma dan badan berkaitan kerajaan akan ditamatkan berkuat kuasa serta-merta.

Dalam mesej teks kepada Malaysiakini petang ini, seorang menteri mengesahkan keputusan jemaah menteri itu.

“Benar,” jawab menteri itu ringkas ketika diminta mengulas laporan sebuah portal yang memetik surat Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali berhubung perkara berkenaan.

Kerajaan Perpaduan gugurkan semua lantikan politik serta-merta

Surat itu menyatakan bahawa kabinet membuat keputusan tersebut semasa mesyuaratnya semalam.

Mereka yang kontraknya ditamatkan termasuk lantikan politik dengan badan berkanun persekutuan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat Kementerian Kewangan (Diperbadankan), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan institusi utama.

LAPORAN BERITA HARIAN

Jemaah Menteri dikatakan sudah memutuskan bahawa pengerusi dan ahli lembaga pengarah lantikan politik ditamatkan perkhidmatan dengan serta merta.

Sumber berkata, ia membabitkan jawatan berkenaan di badan berkanun Persekutuan, syarikat menteri kewangan (Diperbadankan), syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan.

Difahamkan perkara itu diputuskan dalam dokumen yang ditandatangani Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan ditujukan kepada Ketua-ketua Setiausaha Kementerian.

Surat berkenaan yang dilihat BH turut meminta kerjasama semua Ketua-ketua Setiausaha Kementerian berkenaan untuk melaksanakan perkara berkenaan.

Sebelum ini, pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengkritik kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini yang melantik Ahli Parlimen Parit ketika itu, Datuk Mohd Nizar Zakaria, sebagai Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dikritik teruk oleh PH yang dikatakan tindakan terdesak mendapatkan sokongan daripada Ahli Parlimen UMNO dan PAS dengan menawarkan jawatan berkenaan.

Ini bukan kali pertama pertukaran pentadbiran Persekutuan mengambil tindakan berkenaan apabila pemegang jawatan lantikan politik ditamatkan ketika kerajaan PH mentadbir pada 2018.

Baca Lagi:
Selalu bawa bekal nasi telur rebus, bos pelik perangai staff dia, padahal baru dapat gaji…
Netizen perasan sesuatu yang tak kena dalam rumah Aishah, penyudahnya netizen pula kena marah
Janganlah kahwin dekat Thailand, jadikan kisah ini sebagai pengajaran
CATEGORIES