Kerajaan Perpaduan bakal naikkan gaji minimum kepada RM2,000?

Photo of author

By Joe

Kerajaan Perpaduan bakal naikkan gaji minimum kepada RM2,000? Wakil rakyat kerajaan mengesyorkan supaya gaji minimum dinaikkan kepada RM2,000 pada 2030.

Lim Guan Eng (DAP-Bagan) berkata, ia bagi merealisasikan hasrat menaikkan upah bulanan median daripada RM2,600 kepada RM4,510 menjelang 2030.

Beliau berkata, cadangan itu antara lain mampu muncul sebagai strategi keluar daripada perangkap pendapatan sederhana, mengangkat golongan B40 serta memartabatkan kumpulan M40 serta menghapuskan kemiskinan tegar.

Kerajaan Perpaduan bakal naikkan gaji minimum kepada RM2,000?

Guan Eng turut mengesyorkan untuk menaikkan siling dengan memotong cukai korporat kepada 20 peratus, manakala keuntungan bercukai pertama sebanyak RM1 juta bagi industri kecil dan sederhana (IKS) dikenakan pada tahap 15 peratus sahaja.

“Selain itu, membersihkan proses pengambilan pekerja asing supaya menjadi telus secara dalam talian, levi pelbagai peringkat tanpa had tenaga kerja dengan levi lebih tinggi untuk bilangan pekerja asing melebihi 100 orang.
“Kerajaan harus menggalakkan industri menggunakan konsep ‘circular economy’ (ekonomi kitaran) yang bukan sahaja tidak membazirkan sumber mentah dalam pengeluaran produk tetapi juga menjaga alam sekitar.
“Industri yang mengamalkan konsep ‘circular economy’ harus diberikan tambahan insentif cukai serta potongan cukai korporat lima peratus lebih rendah daripada biasa, iaitu jika cukai korporat ialah 20 peratus, maka mereka hanya dikenakan 15 peratus sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Guan Eng berkata, industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) wajar diperhebat bagi menggalakkan penguasaan teknologi baru, khususnya digital, dan juga memupuk semangat keusahawanan.

“Ini kerana, kejayaan negara maju turut berpandukan ‘entrepreneurial state’ dan bukan hanya berdasarkan penguasaan teknologi semata-mata.
“Tak guna anda mengeluarkan barangan yang paling baik sekiranya anda tidak pandai memasarkannya,” katanya.

Bekas Menteri Kewangan itu turut melontarkan persoalan berkaitan perlindungan alam sekitar bagi pemprosesan nadir bumi (REE), sekiranya eksport elemen REE mentah tidak dibenarkan.

“Adakah segala kawalan alam sekitar dapat menjamin keselamatan alam sekitar khususnya sumber air mentah? Malah perlombongan REE untuk dieksport sahaja telah mencemarkan alam sekitar sehingga ikan berhampiran didapati mati apatah lagi bila pemprosesannya menimbulkan kesan lebih mudarat lagi.
“Adakah kerajaan memiliki rancangan baharu untuk menerima tenaga nuklear, jika pemprosesan REE dianggap lebih toksik, mencabar dan mudarat berbanding tenaga nuklear.
“Saya harap rundingan dan perbincangan yang teliti boleh diadakan dengan semua pihak dan pemegang taruh dalam perkara penting, membabitkan keselamatan negara dan kesihatan rakyat,” katanya.
Baca Lagi:
Wanita menyesal bercerai dengan suami kerana abang polis, selepas ‘ditiduri’ bersama baru tahu rupanya abang polis palsu
Nasi lemak jadi rebutan, peniaga wanita Cina Muslim akhirnya kongsi resepi nasi lemak jadi sedap
Tak sangka dalam Malaysia ada 55 buah nama sekolah paling pelik dan unik