Kerajaan lambat bertindak selamatkan rakyat Malaysia di Ukraine

Perang Dengan Rusia Sudah Bermula Menteri Ukraine Mohon Bantuan Dunia Agar Ianya Dihentikan

Kerajaan  lambat bertindak selamatkan rakyat Malaysia di Ukraine. Kerajaan perlu lebih proaktif memainkan peranan dalam peringkat antarabangsa demi memastikan kepentingan negara dan keselamatan rakyat Malaysia di Ukraine terjamin.

Mengaku sedikit kecewa terhadap kelewatan pihak kerajaan, Pensyarah Undang-Undang Laut Antarabangsa, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Mohd. Hazmi Mohd. Rusli memberi peringatan kepada pihak kerajaan supaya tidak terus alpa.

Jelasnya, kealpaan kerajaan sebelum ini pernah menyebabkan Malaysia kehilangan hak dalam tuntutan Pulau Batu Puteh yang menjadi pertikaian dengan Singapura.

“Dalam kes Laut China Selatan, sekiranya kita tersalah langkah kita juga akan kehilangan sebarang tuntutan di sana.

“Sama juga seperti isu di Ukraine, kenapa kita perlu tunggu sampai perang meletus baru hendak bawa rakyat keluar dari sana? Sedangkan negara lain sudah mengambil tindakan membawa rakyat mereka keluar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia minggu lalu, Mohd. Hazmi mempersoalkan tindakan Wisma Putra yang tidak mengarahkan rakyat Malaysia untuk keluar dari Ukraine sebaliknya terus memantau perkembangan konflik negara itu dengan Rusia.

Kerajaan lambat bertindak selamatkan rakyat Malaysia di Ukraine

Jelasnya, Malaysia seharusnya mengambil langkah awal dengan membawa keluar rakyat dari Ukraine sebelum keadaan menjadi bertambah buruk. Sebelum ini, Wisma Putra mengesahkan memantau perkembangan semasa di Ukraine, terutamanya keselamatan 20 warga Malaysia yang berdaftar, termasuk dua pelajar, sembilan kakitangan kedutaan dan ahli keluarga mereka bagi memastikan keselamatan serta memberikan bantuan konsular jika diperlukan.

Namun, kebanyakan negara lain termasuk negara-negara Asia seperti Jepun, India dan Singapura sudah menasihati rakyatnya keluar dari Ukraine kerana ancaman perang dengan Rusia. Malah, ada kedutaan yang berpindah ke bandar Lviv yang lebih selamat, tetapi kedutaan Malaysia terus kekal di ibu negara Ukraine, Kyiv.

Dalam pada itu, Mohd. Hazmi yang terpilih buat kali keempat berturut-turut sebagai profesor pelawat bagi sekolah undang-undang Far Estern Federal University (FEFU), Vladivostok, Rusia, menjelaskan rakyat Malaysia perlu mengambil tahu dan peka perang di sana kerana melibatkan negara kuasa besar iaitu Rusia.

Jelasnya, negara kuasa besar lain juga turut bertindak dan campur tangan kerana Rusia merupakan ahli tetap Majlis Keselamatan PBB.

“Sudah pasti kuasa besar lain akan turut bersama kerana impaknya besar dan sekiranya berlaku peperangan sama ada proksi atau tidak, sedikit sebanyak memberikan impak kepada negara kita,” katanya.

Baca lagi: 

Ribuan rakyat Ukraine selamatkan diri, tinggalkan bandar Kyiv

Senarai 14 negara akan hancur jika perang dunia berlaku antara Rusia dan Ukraine

Leave a Reply

Your email address will not be published.