Kerajaan laksana satu projek kenderaan berusia lebih 20 tahun akan dilupuskan

1539772

Kerajaan laksana satu projek kenderaan berusia lebih 20 tahun akan dilupuskan.

Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha berikrar untuk melupuskan kenderaan lama yang berusia lebih 20 tahun secara berperingkat dalam usaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, kata jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana.

Beliau berkata, statistik Jabatan Pengangkutan Darat menunjukkan sejumlah 5,033,307 kenderaan berdaftar berusia lebih 20 tahun berada di atas jalan raya, setakat 31 Januari tahun ini.

1539772 e1649172177207

Angka itu dijangka meningkat kepada 16 juta dalam tempoh 20 tahun akan datang jika tiada tindakan kitar semula diambil, katanya.

“Perdana Menteri menyuarakan kebimbangannya mengenai Tempoh Jangka Hayat Kenderaan (ELV) di jalan raya…Justeru, beliau mahu agensi berkaitan berganding bahu melaksanakan usaha kitar semula untuk melupuskan kenderaan lama bagi mengurangkan pencemaran.

“Perdana menteri berkata, ELV mesti dikitar semula dengan betul bagi memastikan ia boleh digunakan semula dalam industri untuk membantu negara mengurangkan import keluli. Keluli mewakili sehingga 69 peratus dalam setiap struktur kenderaan lama,” katanya seperti dipetik Bangkok Post.

Pada masa ini, Thailand menggunakan kira-kira 19 juta tan keluli, termasuk 12 juta tan diimport dan tujuh juta tan pengeluaran dalam negara.

Thanakorn berkata, Kementerian Perindustrian telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Pihak Berkuasa Estet Perindustrian Thailand dan agensi berkaitan dari Jepun untuk melaksanakan projek perintis kitar semula ELV.

Projek itu bertujuan melupuskan dan mengitar semula kenderaan usang.

Baca Lagi:

Tular video tangan lelaki merayap meraba ke ruang solat jemaah muslimah “bapak siapa laa ni buat perangai”

Orang Singapura ni cerdik, ini cara mereka isi minyak RON95 tanpa kita sedar

Penumpang jerit dan menangis, pesawat Malaysia Airlines Kuala lumpur-Tawau tiba-tiba terjunam!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *