Kerajaan Amerika Syarikat larang aplikasi Tiktok, rupanya ini CEO TikTok yang ramai tak tahu

Kerajaan Amerika Syarikat larang aplikasi Tiktok, rupanya ini CEO TikTok yang ramai tak tahu

Kerajaan Amerika Syarikat larang aplikasi Tiktok, rupanya ini CEO TikTok yang ramai tak tahu. Di sebalik kontroversi larangan TikTok di Amerika Syarikat (AS), tumpuan dunia kini terarah kepada penggerak utama aplikasi milik China itu.

Faktanya, Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Zi Chew, 40, bukan rakyat China, sebaliknya dilahirkan dan dibesarkan di Singapura.

Beliau mendapat pendidikan di sekolah elit dan fasih berbahasa Inggeris dan Mandarin.

Kerajaan Amerika Syarikat larang aplikasi Tiktok, rupanya ini CEO TikTok yang ramai tak tahu

Beliau pegawai dalam angkatan tentera Singapura dengan jawatan berprestij semasa berkhidmat dengan khidmat ketenteraan.

Chew memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi dari Universiti Kolej London sebelum memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Harvard Business School dan menjalani latihan di gergasi media sosial, Facebook.

Kerajaan Amerika Syarikat larang aplikasi Tiktok, rupanya ini CEO TikTok yang ramai tak tahu

Menurut laporan media, beliau berkhidmat selama lima tahun di syarikat pelaburan DST dan mengetuai pasukan yang menjadi pelabur awal dalam ByteDance pada 2013.

Beliau juga bekerja sebagai jurubank pelaburan di Goldman Sachs selama dua tahun.

Chew kemudian memainkan peranan penting di syarikat telefon pintar gergasi China, Xiaomi, di mana beliau adalah ketua pegawai kewangan dan presiden perniagaan antarabangsa.

Beliau beralih kepada ByteDance pada Mac 2021, menjadi orang pertama mengisi peranan ketua pegawai kewangan di gergasi media itu.

Namun, dua bulan selepas itu, beliau mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Eksekutif TikTok berikutan peletakan jawatan secara mendadak Kevin Mayer sebelum ini di tengah-tengah percubaan pentadbiran Donald Trump untuk memaksa penjualan aset TikTok di AS.

Chew menubuhkan akaun TikTok sendiri @shou.time pada Februari lalu selepas setahun dia menerajui TikTok bagi berkongsi kehidupan peribadinya.

Hampir 18,000 pengikut Chew sejak itu melihatnya menghadiri permainan Super Bowl dan NBA bertemu selebriti seperti Bill Murray dan cubaannya menari dengan penyanyi, Ciara.

Beliau juga meraih perhatian media dan pernah mendedahkan dia peminat golf dan peminat pelawak, Kevin Hart.

Bapa dua anak itu yang berkahwin dengan ketua pegawai eksekutif syarikat pelaburan, Vivian Kao berkata, beliau tidak membenarkan anaknya menggunakan TikTok kerana mereka ‘terlalu muda.’

Baca Lagi:
Warga Australia ludah atas muka imam semasa baca Al-Quran, sekali ini yang jadi
Kecoh lelaki tak sengaja terakam ‘bebola api’ penanggal atas pokok
Fesyen baju raya Adira jadi perhatian, netizen perasan sesuatu..
CATEGORIES