Kepala tertusuk sabit selepas jatuh dari katil

Kepala tertusuk sabit selepas jatuh dari katil

Kepala tertusuk sabit selepas jatuh dari katil. Seorang remaja lelaki di India nyaris maut apabila kepalanya tertusuk sebilah sabit selepas dia terjatuh dari katil ketika tidur, lapor akhbar Daily Star semalam.

Mangsa iaitu Bhuppu Sen, 16, dilaporkan sedang tidur pada waktu tengah malam apabila dia terjatuh dari katil dan kepalanya mengenai sebilah sabit. Kejadian mencemaskan itu dikatakan berlaku pada 16 Mac lalu.

Sabit yang digunakan untuk menuai itu ditinggalkan di atas lantai rumahnya. Remaja itu terlupa untuk mengalihkannya kerana lampunya tidak berfungsi pada malam itu.

Kepala tertusuk sabit selepas jatuh dari katil

Bagaimanapun, darah dikatakan tidak mengalir keluar dari kepalanya walapun sabit itu tertusuk sedalam 4 sentimeter (sm) ke dalam tengkoraknya.

Sen dibawa ke hospital di mana doktor melakukan imbasan tomografi berkomputer (CT) sebelum segera melakukan pembedahan. Sabit itu berjaya dikeluarkan selepas pembedahan selama tiga jam.

Pakar saraf yang mengetuai pembedahan tersebut, Dr. Kuldeep Singh berkata, dia terkejut kerana remaja itu tidak lumpuh atau mati akibat kejadian yang berlaku.

Remaja bernasib baik itu dilaporkan masih berehat sejak kemalangan itu berlaku tetapi difahamkan, mangsa tidak mengalami sebarang kesakitan serius.

Baca Lagi:

[VIDEO] Gara-gara tidak tukar lagu, pekerja ditampar pelanggan

Rekod baharu! Demo tak kenal barey, Yamaha 125Z ini dibeli dengan harga RM85k

Ini 7 sebab kenapa lelaki melayu suka sangat dengan amoi berbanding perempuan melayu..

CATEGORIES