Kenyataan menantu Hadi Awang tentang pengampunan Najib Razak jadi perhatian ramai

Kenyataan menantu Hadi Awang tentang pengampunan Najib Razak jadi perhatian ramai

Kenyataan menantu Hadi Awang tentang pengampunan Najib Razak jadi perhatian ramai. Kenyataan bekas Ahli Majlis Syura Ulama PAS yang juga menantu Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dilihat seakan menyokong pengampunan diraja bagi membebaskan Datuk Seri Najib Razak dari penjara, disifatkan sebagai pandangan peribadi dan tiada kaitan dengan PAS.

Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad, berkata ia memandangkan perkara berhubung pengampunan diraja untuk bekas Perdana Menteri itu tidak pernah dibincangkan oleh pimpinan tertinggi parti.

Sehubungan itu, katanya, kenyataan Zaharudin Muhammad yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Subang, bahawa pengampunan diraja bagi membebaskan Najib sebagai proses yang lebih dekat dengan kaedah Islam, adalah pandangan peribadi.

Kenyataan menantu Hadi Awang tentang pengampunan Najib Razak jadi perhatian ramai

“Itu mungkin padangan peribadilah (sebab) kita (PAS) tak pernah bincang. Kita pun tak tahu apa yang dia (Zaharudin) tulis dan cakap kerana kita tidak bincangkan pun bab itu,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Perak, di sini hari ini.

Semalam, portal berita memetik kenyataan Zaharudin dari rakaman video dikongsi dalam laman Facebook Najib Razak, bahawa langkah pengampunan diraja untuk bekas Perdana Menteri itu lebih baik berbanding mengekalkannya dalam penjara sehingga tempoh hukuman berakhir.

Yang Dipertua PAS Subang itu antara lain dilapor berkata, yang lebih dekat dengan keadilan dan Islam adalah apabila tersalah melepaskan orang bersalah yang lebih baik berbanding tersalah menghukum orang yang tidak bersalah.

Zaharuddin juga dilapor menyifatkan perbicaraan Najib tidak mengikut ‘garis panduan Islam’ kerana timbul dakwaan konflik kepentingan berkaitan hakim yang mempengerusikan perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd dihadapi bekas Perdana Menteri itu.

Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas rayuan terakhirnya terhadap sabitan bersalah kes SRC International ditolak Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu.

Selain itu, permohonan bekas Perdana Menteri bagi mendapatkan semakan kehakiman terhadap keputusan berkenaan juga ditolak oleh mahkamah sama pada 31 Mac.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata, rundingan pembahagian kerusi di antara PAS dengan parti komponen Perikatan Nasional (PN) lain bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), masih berlangsung.

Ditanya kemungkinan PAS bertanding lebih separuh daripada jumlah keseluruhan kerusi bakal ditandingi PN di enam negeri terbabit PRN, beliau berkata, belum ada sebarang keputsan muktamad berhubung perkara itu setakat kini.

“Saya tak boleh beritahu lagilah. Nanti kita tengok pada hari kejadian,” katanya.

Baca Lagi:
Rezeki nelayan jumpa ’emas terapung’ di pantai bernilai RM392,428
Betul ke wujud kedai ni?, satu keluarga dijamu juadah raya tengah malam di warung tepi jalan selepas tumpang tandas
Isteri abang lori J&T jadi perhatian, ‘beruntung kau bang ada isteri macam ni’
CATEGORIES