Kenyataan berbaur perkauman, Hadi Awang dipanggil ke Bukit Aman

Kenyataan berbaur perkauman, Hadi Awang dipanggil ke Bukit Aman

Kenyataan berbaur perkauman, Hadi Awang dipanggil ke Bukit Aman.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang susulan kenyataannya yang mendakwa komuniti bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah golongan paling banyak terbabit rasuah.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM ACP A. Skandaguru berkata Abdul Hadi akan dipanggil ke Bukit Aman dalam masa terdekat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapi-apikan mana-mana golongan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Siasatan terhadap Abdul Hadi dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan setakat ini sebanyak 28 laporan polis telah dibuat berhubung kenyataan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

 Kenyataan berbaur perkauman, Hadi Awang dipanggil ke Bukit Aman

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan kenyataan yang boleh mengganggu siasatan polis.

“PDRM juga menyeru orang ramai untuk lebih prihatin terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum yang boleh menggugat keharmonian masyarakat. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya.

Baca lagi: 

[VIDEO] Laungan tolak wahabi oleh sekumpulan lelaki ‘menggegarkan’ forum dihadiri Dr Maza di Kelantan

Ini luahan kecewa dari anak perempuan Najib selepas keputusan ayahnya di penjara

Ini keadaan Rosmah Mansor sekarang selepas Najib dipenjara

CATEGORIES