“Kenduri paling pelik dalam dunia”, Tetamu hanya dapat nasi free tapi lauk dengan air kena bayar. Kebiasaannya, apabila ada majlis kenduri, tuan rumah pasti akan menyediakan makanan percuma untuk para tetamu yang terdiri daripada keluarga, kawan-kawan, dan orang terdekat.
Namun, sebuah video berdurasi kurang 2 minit telah tular di TikTok memaparkan situasi yang agak berbeza apabila tetamu di sebuah majlis di Thailand perlu membayar untuk makanan yang mereka ambil.
Nasi percuma yang lain kena bayar
Dalam video yang dimuat naik oleh @sazalibinyaakob, dia dan keluarganya sedang duduk di sebuah meja tetamu di majlis tersebut. Dalam masa yang sama, seorang individu datang ke meja mereka sambil membawa raga berisi lauk-pauk yang dibungkus dalam bekas makanan.
Setelah mengira kesemua lauk yang dipilih, individu tersebut mengira jumlah yang perlu dibayar oleh tetamu. Selepas itu, datang seorang lagi individu yang membawa raga berisi air dalam cawan sebelum menawarkannya kepada para tetamu.
Pertama kali dapat jemputan kenduri tetapi lauk dan air minum kena bayar. Nasi percuma. Anda biasa ke dengan situasi macam ni?
Di atas meja juga terdapat beberapa pinggan yang disusun bersama sudu besi, serta bungkusan nasi, dan setiap tetamu perlu menuangkan nasi mereka ke dalam pinggan masing-masing.
Kenduri sumbangan?
Situasi yang berlaku di Thailand itu telah membuatkan netizen di ruangan komen berasa bingung.
@sazalibinyaakob @abuyasolution @Pakar Jantung Dr Rahim @AshyleyStudio @AshamarRadzi #upahajinakbantuanda #kenduridipondok#satun #ustaz #fypシ #fypシ゚ ♬ bunyi asal – Sazali Bin Yaakob
Pun begitu, ada netizen mendakwa itu adalah kenduri sumbangan dan bayaran tersebut akan disalurkan kepada masjid, sekolah dan sebagainya.
Tapi.. makanan dia nampak menarik pulak!