Kenapa wang pendapatan bulanan kerja disebut sebagai gaji?

Kenapa wang pendapatan bulanan kerja disebut sebagai gaji?

Kenapa wang pendapatan bulanan kerja disebut sebagai gaji? Bagi golongan pekerja, tidak ada hari lebih indah dalam rutin pekerja selain daripada hari gaji.

Selepas berpenat lelah bekerja dengan tekun dan sabar (atau malas dan culas bagi sesetengah orang), merasai imbuhan pekerjaan yang telah kita lakukan merupakan sesuatu yang dinanti.

Kita semua tahu, gaji dalam bahasa Inggeris disebut dengan bermacam jenis istilah berbeza, boleh disebut sebagai pay, salary, income, stipend dan wage.

Kita pula sebut gaji. Dari mana datangnya istilah-istilah ini agaknya?

Kenapa wang pendapatan bulanan kerja disebut sebagai gaji?

1. Earnings

Earnings adalah gabungan istilah ‘earn’ dengan imbuhan ~ings.

Earn merupakan istilah yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Eropah, berasal daripada istilah Jerman-Proto ‘aznon’ yang bererti seseorang yang berkhidmat dalam bidang pertanian.

Istilah itu dipinjam ke dalam bahasa Inggeris Kuno, digubah menjadi earnian yang membawa maksud seseorang yang berhak mendapat ganjaran atas hasil kerjanya.

2. Income

Walaupun income kini digunakan bagi merujuk kepada pendapatan atau gaji, sebenarnya istilah ini merujuk kepada satu perbuatan, di mana seseorang diminta masuk atau senang cerita, sama seperti ungkapan ‘sila masuk!’ yang disebut sebagai incumen.

Bagaimanapun apabila masyarakat di barat mula gemar menyebut bayaran-bayaran wang yang hadir dalam dialek mereka sebagai ‘comes in’, slanga itu akhirnya melekat untuk dirujuk bukan saja kepada pendapatan syarikat bahkan mula diguna kumpulan pekerja dengan maksud sama; yang akhirnya menjadikan income dirujuk untuk gaji.

3. Pay

Dari aspek kajian bahasa, pay (bayaran) dan peace (keamanan) berkait sebenarnya.

Ini kerana masyarakat Eropah zaman dahulu ada satu sistem bayaran atau denda yang dikenakan kepada satu pesalah, bagi menjaga keamanan komuniti.

Bayaran yang dikenali sebagai pax ini dibuat bagi memastikan setiap pesalah menanggung akibat dan mangsa pula menerima imbuhan daripada kecelakaan yang menimpa mereka.

Pada abad ke 12, masyarakat Perancis mula merujuk bayaran ini sebagai paier, berbentuk imbuhan secara am yang perlu dibayar selepas sesuatu perkhidmatan atau insiden, menyebabkan kita pun merujuk gaji sebagai pay.

4. Stipend

Di Malaysia, jarang kita menggunakan istilah ini kan?

Tetapi di banyak negara Eropah, mereka masih menggunakan istilah ini yang bunyinya agak klasik.

Stipend merupakan istilah yang diguna masyarakat Eropah zaman dahulu bagi merujuk kepada gaji yang dibayar raja kepada tentera atau askar.

Dana yang digunakan oleh raja bagi membuat pembayaran pula, datangnya daripada stipendium atau kutipan cukai yang menjadi sumber kepada gaji askar yang berkhidmat.

Oleh kerana itulah gaji askar era tersebut digelarkan stipend.

5. Salary

Rasanya inilah istilah sinonim dengan gaji yang paling popular di Malaysia. Pernahkah anda terfikir dari mana datangnya istilah ini?

Salary hadir daripada budaya kalangan askar era Rom terdahulu, yang berkhidmat dengan pemerintah.

Hasil perkhidmatan mereka dibayar menggunakan bahan garam yang pada ketika itu dilihat sama nilai dengan emas zaman sekarang, kerana mampu digunakan untuk bermacam jenis cara masakan serta mengawet makanan.

Sistem bayaran ini dikenali dengan nama salarium, di mana askar bersetuju untuk menerima garam sebagai pampasan.

6. Gaji

Untuk yang terakhir, mari kita lihat dari mana datangnya istilah gaji pula. Cuba teka dari mana datangnya istilah ini?

Siapa jawab bahasa Belanda, dia betul.

Gaji adalah saduran istilah bahasa Belanda gage, yang membawa makna pendapatan seseorang atas khidmatnya mula diamalkan semasa penjajahan Belanda di sekitar sini.

Istilah gage ini pula merupakan istilah pinjaman dari bahasa Perancis ‘gage’ yang mempunyai ejaan dan makna serupa. Uniknya, daripada istilah asal bahasa Perancis ini, wujud juga istilah wage akibat perubahan dialek di kalangan penutur bahasa Perancis di bahagian utara.

Sebelum istilah gaji yang ada sekarang terbentuk, masyarakat kita pernah juga menulis istilah ini dengan ejaan gadjie sebelum diringkaskan corak tulisannya.

Baca Lagi:
Kisah makcik beli kek hari jadi, bila ditanya nak tulis apa, jawapan dia buat pekerja sebak
Wanita ini dapat pampasan RM18,406 selepas dipecat majikan, ini cara dia buat
“Hutang rumah sampai kiamat”,-Perbezaan besar rumah sendiri dan rumah yang dimiliki bank
CATEGORIES