Kenapa orang Malaysia panggil orang putih ‘mat salleh’?, Ini 2 teori yang perlu anda tahu

Kenapa orang Malaysia panggil orang putih ‘mat salleh’?, Ini 2 teori yang perlu anda tahu

Kenapa orang Malaysia panggil orang putih ‘mat salleh’?, Ini 2 teori yang perlu anda tahu. Sepanjang hidup korang semua kan, pernah tak terfikir kenapa orang kita panggil orang putih sebagai “mat salleh”?

Setahu kami la, Mat Salleh adalah seorang pahlawan Sabah yang menentang penjajahan British. Dia la yang menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB) sebab kutip cukai sampai hilang kuasa pembesar tempatan. Hmmm….tapi, masih tak menjawab kenapa orang putih dipanggil ‘mat salleh’.

Takpe, jangan risau, mungkin huraian di bawah ni dapat menjawab persoalan di atas.

Kenapa orang Malaysia panggil orang putih 'mat salleh'?, Ini 2 teori yang perlu anda tahu

Perkataan Mat Salleh berasal dari kedatangan ‘pelayar gila’

Ada banyak versi untuk kisah Mat Salleh ni, semuanya korang boleh jumpa dalam Internet, tapi kami ada terjumpa satu penulisan dari akhbar New Straits Times pada 1992. Ia ditulis oleh Ani Arope dari Kuala Lumpur tentang asal-usul istilah “mat salleh”.

Dalam penulisannya, Ani mengatakan istilah tersebut berasal dari Pulau Pinang, di mana orang Melayu di sana telah dijajah oleh British untuk sekian lamanya. Jadi, penduduk Penang ni anggap mereka ni adalah bangsawan (tapi sekejap jela).

Kenapa orang Malaysia panggil orang putih 'mat salleh'?, Ini 2 teori yang perlu anda tahu

Keratan akhbar NST pada 1992, boleh nampak ada kisah mat salleh. Imej dari Google News.

Ada satu hari tu, sebuah kapal perang British berlabuh di Butterworth untuk mengisi minyak selepas berada di laut selama tiga bulan. Para pelaut ni pun merayau sampai ke bandar dan orang Melayu masa tu terkejut dengan perangai mereka. Katanya mereka ni berperangai liar, lepas tu kerja nak mabuk saja.

Penduduk Penang ada bagitahu penduduk British tempatan, kata mereka takyah layan pelaut tu sebab mereka ni pelaut gila atau dalam bahasa Inggeris “mad sailor“. Jadi, sejak tu la penduduk tempatan kita menyesuaikan lidah dengan sebutan “mat salleh” yang asalnya ialah “mad sailor” sebagai panggilan kepada orang berkulit putih.

Kenapa orang Malaysia panggil orang putih 'mat salleh'?, Ini 2 teori yang perlu anda tahu

Sebutan perkataan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu ni orang-orang dulu suka buat. Contohnya, Tamparuli di Sabah tu dinamakan kerana penduduk tempatan tersalah dengar seorang pegawai British cakap yang jambatan di sana ‘temporary’.

Ada juga satu teori yang kami jumpa…

Orang kita suka gelarkan ‘mat’ untuk sesebuah golongan

Kadang-kadang orang kita ni suka memendekkan nama Muhammad kepada ‘mat’. Dalam kalangan masyarakat kita juga memberikan gelaran ‘mat’ yang merujuk kepada sesebuah kumpulan atau golongan. Contohnya, sekumpulan orang yang suka berlumba haram di lebuhraya dipanggil ‘mat rempit’.

Macam di Singapura, kalau nampak ada geng lepak bawah blok sambil hisap rokok, mereka digelar ‘mat rep’. Jadi, berbalik kepada ‘mat salleh’ tadi kemungkinan asalnya ialah ‘mat sailor’, tapi disebabkan lama-kelamaan orang terbiasa sebut ‘salleh’. Apa pendapat korang semua? Kongsikan pendapat tentang istilah ‘mat salleh’ ni.

Baca Lagi:
Jemaah wanita dilarang solat diruang utama masjid
“2 hari guna Axia pusing bandar trafik jem”, pengguna dedah hal sebenar tentang kereta Perodua Axia 2023 yang ramai tak tahu
Rupanya Mr.Bean ada anak perempuan, ini wajah anak perempuannya yang tak pernah ditunjuk umum
CATEGORIES