Kenapa matawang Dinar Kuwait merupakan matawang paling kukuh, paling mahal dan paling bernilai di kalangan semua matawang dunia yang lain?

Kenapa matawang Dinar Kuwait merupakan matawang paling kukuh, paling mahal dan paling bernilai di kalangan semua matawang dunia yang lain?

Kenapa matawang Dinar Kuwait merupakan matawang paling kukuh, paling mahal dan paling bernilai di kalangan semua matawang dunia yang lain?.

Dinar Kuwait merupakan matawang paling mahal di dunia, jauh melebihi matawang Pound Sterling yang selalu dianggap ‘mahal’ dan juga matawang Amerika Syarikat yang sering dijadikan standard ukuran nilai matawang dunia.

Pada ketika artikel ini ditulis, 1 dinar Kuwait (KWD) bersamaan dengan RM13.65, sementara Pound Sterling ‘hanyalah RM5.47. Jelas besar perbezaan itu kan?

Persoalan yang cuba kami kupas dalam artikel ini adalah kenapa situasi ini berlaku? Kenapa matawang Kuwait merupakan matawang paling kukuh, paling mahal dan paling bernilai di kalangan semua matawang dunia yang lain?

Sejarah matawang dinar Kuwait

 

Kenapa matawang Dinar Kuwait merupakan matawang paling kukuh, paling mahal dan paling bernilai di kalangan semua matawang dunia yang lain?

Sistem matawang dinar yang digunakan oleh Kuwait mempunyai sejarah yang cukup unik.

Semasa zaman penjajahan British di Semenanjung Arab, Britain memperkenalkan penggunaan ‘Rupee Teluk’ atau ‘Gulf Rupee’ sebagai matawang utama, yang dicetak dan dikeluarkan oleh British-India.

Setiap 1 Gulf Rupee diletakkan nilainya bersamaan dengan 1 Rupee India. 1 Rupee India pada ketika itu pula, bersamaan dengan 1 Pound Sterling.

Kemerdekaan Kuwait daripada Britain membolehkan kerajaan Kuwait yang dibentuk, mula merancang pengenalan matawang mereka sendiri bagi menggantikan Gulf Rupee yang dikongsi penggunaannya bersama Bahrain, Qatar, Oman dan UAE.

Matawang Dinar Kuwait mula dikeluarkan pada tahun 1961 namun Kuwait mengambil masa lima tahun sebelum Gulf Rupee benar-benar berjaya dimansuhkan penggunaannya, membolehkan Dinar Kuwait menjadi satu-satunya matawang negara tersebut.

Nilainya pada awalnya terus dikekalkan seiring dengan nilai Pound Sterling 1:1 sebelum Kuwait bertindak meletakkan nilai KWD kepada USD, dengan nilai KWD1 : USD2.80 bermula dalam tahun yang sama.

Ekoran daripada dasar-dasar kerajaan Amerika Syarikat di bawah Presiden Richard Nixon yang mengakibatkan kejatuhan nilai USD, nilai matawang KWD turut sama mengalami penyusutan ketara selama beberapa tahun.

Penyusutan ini menyebabkan kerajaan Kuwait memperkenalkan langkah untuk menggunakan sistem apungan ‘bakul’ (currency basket) berdasarkan beberapa matawang berbeza, bagi menentukan nilai KWD pada tahun 1975.

Sistem ini kekal sehingga tahun 2003, sebelum KWD ditambat semula pada kadar 0.299 untuk setiap 1 USD, sehinggalah kerajaan Kuwait kembali menggunakan sistem apungan bakul pada tahun 2007.

Kita masih belum menjawab kenapa KWD mahal kan?

Negara kecil yang kaya hasil minyak

Kenapa matawang Dinar Kuwait merupakan matawang paling kukuh, paling mahal dan paling bernilai di kalangan semua matawang dunia yang lain?

Kuwait hanyalah sebuah negara kecil tetapi mereka merupakan negara keenam dalam senarai negara yang mempunyai simpanan minyak terbesar dunia. Ekonomi Kuwait sendiri lebih 80% daripada nilai KDNK nya bergantung kepada hasil minyak.

Apa yang menarik, permintaan terhadap minyak dari Kuwait sangat tinggi sehinggakan permintaan jauh melebih bekalan – menyebabkan Kuwait mempunyai kuasa tawar menawar yang agak kukuh.

Disokong oleh permintaan dunia, Kuwait memperkenalkan satu syarat mudah dalam semua urusan eksport minyak Kuwait ke negara lain; semua urusniaga perlu dilakukan dalam matawang Kuwait Dinar sahaja.

Berbeza dengan negara lain yang biasanya menggunakan matawang USD atau EUR, pembeli minyak Kuwait perlu menukarkan matawang mereka kepada KWD sebelum urusan dijalankan.

Duit KWD yang dibeli pula bukanlah dalam nilai rendah, sebaliknya melibatkan angka billion setiap hari menyebabkan wujudnya permintaan tinggi matawang tersebut mempengaruhi nilai rasminya.

Secara tak rasmi, syarat ini memberikan Kuwait dua faedah utama. Pertama, matawang mereka yang diniagakan mempunyai permintaan yang stabil mengekalkan dan meningkatkan nilainya.

Kedua, Kuwait juga memperolehi kemasukan matawang asing ke dalam negara mereka akibat keperluan pembeli untuk menukar matawang mereka kepada matawang tempatan.

Pencerobohan tentera Iraq

Kenapa matawang Dinar Kuwait merupakan matawang paling kukuh, paling mahal dan paling bernilai di kalangan semua matawang dunia yang lain?

Selain dua sebab utama di atas, faktor utama yang mendorong pengukuhan nilai matawang Kuwait adalah kerana kerajaan Kuwait sendiri tidak meletakkan KWD ke dalam pasaran matawang bebas.

Sehingga kini, kerajaan Kuwait hanya akan menambat nilai matawang mereka sama ada kepada USD atau tambatan bakul yang dinyatakan di atas, memberikan Kuwait kuasa untuk mengawal nilai matawang mereka supaya kekal pada kadar tertentu.

Ekonomi Kuwait yang kukuh membolehkan negara itu tidak perlu bergantung kepada jualan eksport seperti majoriti negara pengeluar lain, sehingga memerlukan negara tersebut merendahkan nilai matawang mereka sendiri – demi menjadikan produk eksport mereka mampu bersaing dengan produk-produk negara lain.

Kestabilan Kuwait Dinar hanya terancam sekali setakat ini dalam sejarah era moden, selepas tentera Iraq menceroboh masuk Kuwait pada 2 Ogos tahun 1990, dalam usaha kerajaan Iraq mengekalkan harga minyak keluaran mereka dalam insiden bersejarah Perang Teluk.

Tentera Iraq bertindak memecah masuk bank pusat Kuwait, mencuri lebih $400 juta dollar emas dan $1 billion matawang Kuwait.

Pencerobohan selama lebih 7 bulan itu juga membolehkan kerajaan Iraq memperkenalkan penggunaan matawang Dinar Iraq di Kuwait, dengan pengisytiharan bahawa Dinar Kuwait sudah tidak lagi dianggap sah di negara itu.

Tindakan ini mengakibatkan ramai rakyat Kuwait yang sebelum itu mewah; jatuh miskin.

Berakhir era penjajahan Iraq ke atas Kuwait

Kenapa matawang Dinar Kuwait merupakan matawang paling kukuh, paling mahal dan paling bernilai di kalangan semua matawang dunia yang lain?

Selepas angkatan tentera diketuai Amerika Syarikat menggempur kubu Iraq di Kuwait secara besar-besaran, akhirnya pada tarikh 25 Februari 1991 Kuwait kembali bebas daripada pencerobohan Iraq.

Kerajaan Kuwait yang sebelum itu dibentuk, kembali memerintah. Dalam melindungi nilai matawang mereka khasnya semua yang telah dicuri Iraq, kerajaan Kuwait mengeluarkan siri baru wang kertas bagi menggantikan wang lama.

Ini menjadikan $1 billion wang Kuwait yang sudah menjadi milik Iraq hilang nilainya, hanya tinggal kertas-kertas cantik hiasannya.

Selepas kembali pulih dan mengukuh, kini Kuwait sedang dalam situasi getir selepas kerajaan mereka mengumumkan pada bulan Ogos 2020; mereka besar kemungkinan tiada bajet perbelanjaan untuk bulan November 2020 dan seterusnya.

Situasi getir ini berpunca daripada penurunan harga minyak serta serangan pandemik yang melanda ekonomi mereka.

Adakah Kuwait akan pulih atau jatuh ke dalam perangkap ekonomi yang selalu menjerat negara yang terlalu bergantung kepada hasil minyak? Kita harap mereka mampu bertahan.

Baca Lagi:

Sebelum tinggalkan rumah, kena letak duit syiling dalam ‘freezer’, ini sebabnya yang ramai belum tahu

Tular dakwaan Tengku Mainum dan suami dilarang ke Istana, ini jawapan Istana Kelantan

Ebit Lew berdepan 11 tuduhan gangguan seksual, bakal dibicarakan September ini

CATEGORIES