Kenapa mat salleh ini tidak mahu Malaysia jadi terkenal di mata dunia?

Photo of author

By Joe

Kenapa mat salleh ini tidak mahu Malaysia jadi terkenal di mata dunia?
Malaysia kini menjadi destinasi popular bagi pelancong yang ingin meneroka kepelbagaian budaya dan keindahan alam semulajadinya.

Hari ini, pelancong dari pelbagai negara sering kelihatan memeriahkan Malaysia dan kebanyakan daripada mereka meluahkan kepuasan sepanjang tempoh mereka berada di sini.

Namun, mengapa seorang lelaki dari Barat kelihatan tidak mahu Malaysia menjadi lebih terkenal dan dikenali ramai?

Kenapa mat salleh ini tidak mahu Malaysia jadi terkenal di mata dunia?

Dalam satu video yang dimuat naik oleh seorang pencipta kandungan yang dikenali sebagai @Gomalaysia, lelaki tersebut, yang berasal dari luar negara, telah ditemu bual dan ditanya tentang apa yang paling disukai mengenai Malaysia.

Lelaki itu mendedahkan bahawa dia sangat menyukai pelbagai jenis makanan yang ditawarkan di negara ini.

“Yang paling utama adalah makanannya,” katanya.

Pelancong lelaki ini senang menyenaraikan beberapa makanan kegemarannya seperti kari ikan, udang, roti canai, dan mengakui bahawa makanan-makanan tersebut adalah yang paling disukainya tentang Malaysia.

Walaupun dia juga meminati pelbagai aktiviti sukan yang ada di sini, dia secara berseloroh menyebut bahawa perutnya perlu diisi dengan makanan yang enak.

Apabila ditanya tentang tiga perkara yang perlu diketahui oleh seluruh dunia mengenai Malaysia, dia hanya memberikan jawapan mengenai maksud ‘Malaysia Boleh’.
Namun, dia kemudian tersenyum sambil menyatakan bahawa dia mahu merahsiakan identiti Malaysia dari pengetahuan dunia luar kerana tidak mahu negara ini dipenuhi ramai orang dan ingin memastikan eksklusiviti untuk ‘mereka’ yang menikmati segala keistimewaan yang ada di Malaysia.

“Tiada apa yang anda perlu tahu tentang Malaysia. Pergilah ke Thailand atau Singapura. Itu sahaja,” katanya dalam nada jenaka.

Di akhir video, dia kelihatan gembira menjalankan aktiviti paragliding sambil menikmati keindahan pantai di Langkawi.

@gomalaysia Well maybe we shouldn’t make Malaysia that famous after all..😄🇲🇾🙌❤️ #Malaysia #makanmakan #kitesurfing #Cherating #Pahang ♬ original sound – Go Malaysia!

Di bahagian kapsyen, wanita yang melakukan temu ramah itu juga tampak bersetuju bahawa Malaysia tidak sepatutnya dipopularkan kepada orang luar.

Video tersebut segera menarik perhatian dan menerima banyak komen daripada netizen tempatan yang turut bersetuju bahawa Malaysia perlu dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Bagi netizen, ada kebenarannya jika hanya warga tempatan dan mereka yang ‘terpilih’ sahaja yang dapat menikmati segala keindahan alam semulajadi serta syurga makanan yang ada di Malaysia.

Kenapa mat salleh ini tidak mahu Malaysia jadi terkenal di mata dunia?

Kenapa mat salleh ini tidak mahu Malaysia jadi terkenal di mata dunia?

Pada masa yang sama, ramai warga tempatan meluahkan rasa gembira kerana banyak reaksi pelancong dari luar negara yang sangat menyukai Malaysia, dan ini menyebabkan negara ini mula dikenali di mata dunia.

Baca Lagi:
Menara Merdeka 118 bukan lagi bangunan kedua tertinggi dunia
Lebih ramai daripada penduduk Malaysia, ini senarai 5 negara paling ramai wanita bergelar janda
Media Filipina lapor lebih 200 buah kapal dari China mulai memenuhi perairan berhampiran Malaysia