Kenalpasti tahap kesihatan badan mengikut warna air kencing, ini caranya

Photo of author

By Joe

Kenalpasti tahap kesihatan badan mengikut warna air kencing, ini caranya. Tahukah anda bahawa warna air kencing boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk mengetahui tahap kesihatan tubuh anda? Ini kerana individu yang sihat akan mempunyai warna air kencing yang berbeza daripada individu yang tidak sihat.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai air kencing dan kesan perubahan warnanya ke atas tubuh badan kita, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.

Apa itu Air Kencing?

Kenalpasti tahap kesihatan badan mengikut warna air kencing, ini caranya

Air kencing adalah bahan buangan cecair yang dibuang oleh buah pinggang dan dikeluarkan dari badan melalui uretra. Kandungan air kencing terdiri daripada 90% air, manakala selebihnya adalah bahan lain seperti urea, klorida, natrium, kalium, dan kreatinin.

Seseorang yang mempunyai tahap kesihatan yang normal biasanya akan membuang air kecil sebanyak empat (4) hingga enam (6) kali sehari. Jika anda terkurang atau terlebih membuang air kencing daripada jumlah tersebut, ia mungkin menandakan anda mempunyai masalah kesihatan.

Selain daripada kekerapan, warna air kencing juga memainkan peranan penting dalam menentukan tahap kesihatan seseorang individu. Warna sisa buangan cecair yang pudar dan jernih menandakan anda sihat, manakala jika warnanya terlalu pekat atau berbeza daripada warna kuning, itu mungkin petanda yang kurang baik.

Warna normal bagi air kencing yang sihat adalah diantara warna jernih sehingga warna kuning pudar. Individu yang sihat juga akan menjalani sistem perkumuhan ini sebanyak empat hingga enam kali sehari bergantung pada pemakanan kita.

Warna Air Kencing & Masalah Kesihatan

Berikut adalah warna air kencing dan status kesihatan individu yang memilikinya:

Air Kencing Tidak Bewarna

Air kencing yang jernih menunjukkan bahawa anda telah minum lebih banyak air daripada jumlah yang disyorkan setiap hari. Walaupun minum air adalah baik, pengambilan yang berlebihan masih boleh memberikan kesan negatif kepada tubuh.

Jika ia berlaku sekali-sekala, anda tidak perlu panik; anda hanya perlu mengurangkan sedikit kadar air yang diminum. Namun, jika ia selalu berlaku walaupun pengambilan air telah dikurangkan, ini mungkin petanda bahawa anda mengalami masalah hati seperti sirosis atau virus hepatitis.

Warna Kuning Cair

Warna kuning cair adalah warna normal atau semulajadi air kencing anda. Warna ini akan berubah mengikut kadar pengambilan air minuman. Semakin banyak air yang diminum, semakin pudar warna sisa buangan cecair anda, dan sebaliknya jika pengambilan air kurang.

Warna Kuning Pekat

Seperti yang dinyatakan sebelumnya, jika kadar pengambilan air anda kurang, warna sisa buangan cecair anda akan menjadi lebih pekat. Ini juga menandakan bahawa anda sedang mengalami dehidrasi atau tubuh anda tidak cukup air.

Warna Air Kencing Putih Keruh

Air kencing berwarna putih keruh pula boleh disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya adalah:

  1. Air Kencing bewarna keruh boleh menandakan terdapatnya jangkitan pada saluran kencing anda. Ia juga boleh menjadi tanda beberapa penyakit kronik, seperti penyakit buah pinggang.
  2. Air kencing keruh juga boleh menjadi tanda anda dehidrasi atau tidak cukup air.
  3. Air kencing keruh juga boleh menjadi tanda bahawa anda menghidapi penyakit Crohn atau diverticulitis.
  4. Jika anda sedang hamil dan mempunyai air kencing bewarna keruh ini, ia mungkin petanda bahawa anda telah diserang pernyakit preeklampsia yang boleh membahayakan nyawa anda dan bayi dalam kandungan.

Warna Air Kencing Merah/Pink

Air kencing yang berwarna merah atau merah jambu (pink) mungkin berlaku disebabkan oleh beberapa faktor berikut:

1.Makanan

  • Air kencing mungkin kelihatan merah atau merah jambu jika anda makan buah-buahan dengan pigmen merah emulajadi, seperti bit, rhubarb atau beri biru (blueberry).

2.Kesihatan Tubuh

  • Sesetengah keadaan kesihatan boleh menyebabkan darah muncul dalam air kencing anda, antaranya ialah:
  • hematuria
  • jangkitan saluran kencing
  • pembesaran prostat
  • batu karang
  • tumor dalam pundi kencing dan buah pinggang.

3.Ubat-ubatan

  • Ubat-ubatan yang boleh menjadikan air kencing anda warna merah atau merah jambu ialah
  • Phenazopyridine (Pyridium)
  • Antibiotik rifampin (Rifadin)
  • Ubat kanser tertentu seperti anthracyclines.

Bewarna Oren

Bagi anda yang mempunyai air kencing bewarna oren, berikut mungkin merupakan sebab-sebab mengapa anda mengalaminya:

1.Dehidrasi

  • Ia mungkin berlaku sebab kurang kadar pengambilan air bagi tubuh anda.

2.Kesihatan Tubuh

  • Air kencing bewarna oren mungkin berlaku disebabkan masalah pada saluran hempedu atau hati anda.
  • Ia juga mungkin berlaku jika anda mengalami penyakit jaundis dewasa (demam kuning)

3.Ubat-ubatan

  • Air kencing bewarna oren juga boleh disebabkan oleh ubat-ubatan berikut:
  • Phenazopyridine (Pyridium),
  • Ubat anti-radang sulfasalazine (Azulfidine),
  • Ubat kemoterapi.

Air Kencing Bewarna Biru/Hijau

Air kencing berwarna biru jarang berlaku dan kemungkinan besar berkaitan dengan sesuatu dalam diet anda.

1. Makanan

  • Pewarna makanan, terutamanya metilena biru, yang terdapat dalam banyak jenis gula-gula dan ubat-ubatan, boleh menyebabkan air kencing berwarna biru atau hijau.

2.Ubat-ubatan

  • Ubat-ubatan yang boleh menyebabkan air kencing biru atau hijau seperti:
  • Cimetidine (Tagamet)
  • Amitriptyline
  • Indomethacin (Indocin)
  • Promethazine (Phenergan)
  • Suplemen vitamin B.

3.Prosedur Perubatan

  • Ia juga boleh terhasil daripada pewarna dalam ujian perubatan yang dijalankan pada buah pinggang atau pundi kencing anda.

4.Kesihatan Tubuh

  • Jangkitan bakteria Pseudomonas aeruginosa juga boleh menyebabkan air kencing anda bertukar menjadi biru, hijau atau ungu nila.

Jika anda mempunyai rasa was-was atau tidak kepastian, pastikan anda dapatkan nasihat daripada pakar.

Sumber:HealthLine

Baca Lagi:
Sindiket pengemis OKU warga China raih pendapatan RM10,000 sebulan gara-gara rakyat Malaysia terlalu pemurah
Dipertikai guna 5 bodyguard ke mahkamah, ini respons pihak pengurusan Fazura
Guru sekolah milik GISBH rotan 3 budak di penjara 10 tahun