Kenaikan kos dedak, kambing aqiqah, korban cecah RM1,500 seekor

Kenaikan kos dedak, kambing aqiqah, korban cecah RM1,500 seekor

Kenaikan kos dedak, kambing aqiqah, korban cecah RM1,500 seekor.

Penternak kambing terpaksa menaikkan harga jualan ternakan itu untuk majlis akikah dan korban bagi memastikan perniagaan mereka terus bertahan.

Muhammad Firdaus Marju, 38, berkata, dia yang menternak kambing sejak 10 tahun lalu terpaksa menaikkan harga haiwan itu berikutan kos dedak dan ubat-ubatan yang semakin me­ningkat sejak kebelakangan ini.

Kenaikan kos dedak, kambing akikah, korban cecah RM1,500 seekor

“Harga kambing untuk akikah dan korban naik dengan begitu ketara sekali. Sebelum ini, pembeli mengeluarkan belanja RM850 hingga RM900 untuk membeli seekor kambing, tetapi sekarang harganya RM1,200 hingga RM1,500.

“Ini (kenaikan) disebabkan harga dedak dan ubat-ubatan yang mana pada 2019 harga dedak masih lagi terkawal iaitu RM54 untuk 50 kilogram (kg), namun kebelakangan ini naik sehingga RM74 bagi 50kg.

“Harga ubat-ubatan dan makanan tambahan untuk kam­bing juga naik dengan ketara. Sekiranya harga tidak dinaikkan, penternak kambing seperti saya akan gulung tikar,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di Felda Lok Heng Barat di sini baru-baru ini.

Muhammad Firdaus yang mengusahakan ternakan kam­bing jenis boer, kambing kampung dan biri-biri memberitahu, kebanyakan baka kambing yang diternak dibeli dengan penternak di sekitar Johor dan negeri-negeri lain.

Menurut lelaki itu, ekoran kenaikan harga kambing tersebut, tempahan untuk majlis akikah dan korban berkurangan berbanding sebelum ini.

“Sekarang ini (tempahan) kurang mungkin kerana pembeli rasa harganya agak mahal.

“Namun, sekiranya para penternak tidak menaikkan harga, kami pula akan menanggung rugi yang sangat ketara,” katanya.

Selain makanan dan ubatan, harga bahan seperti harga kayu, atap atau zink untuk membaik pulih kandang haiwan itu turut naik.

Justeru, Muhammad Firdaus berharap orang ramai terutama pembeli memahami dilema atau situasi yang dihadapi oleh peternak termasuk dirinya bahawa mereka bukan suka-suka me­naikkan harga untuk mengaut untung semata-mata.

Baca Lagi:

VIDEO : Anak ahli politik kena pukul tengah jalanraya kerana memotong

Ustaz Neo dedah dan lukis muka 4 orang penyihir Ustaz Kazim berserta jin peliharaannya

Tular video Adun Kijal bergurau pegang kemaluan, Adun Chukai buat laporan polis

CATEGORIES