Kena tunggu lepas 24 jam baru boleh buat report orang hilang? Ini jawapan Ketua Polis Negara

Photo of author

By Joe

Kena tunggu lepas 24 jam baru boleh buat report orang hilang? Ini jawapan Ketua Polis Negara. Masyarakat umum sering diberitahu bahawa apabila seseorang hilang, pelapor perlu menunggu selama 24 jam sebelum mereka boleh membuat laporan polis.

Walau bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, telah menafikan dakwaan mengenai ‘prosedur’ tersebut.

Menurut laporan dari Sinar Harian, orang awam tidak perlu menunggu sehingga 24 jam untuk melaporkan kehilangan ahli keluarga atau kenalan.

Kena tunggu lepas 24 jam baru boleh buat report orang hilang? Ini jawapan Ketua Polis Negara

“Tidak ada peraturan atau undang-undang yang mengharuskan anda untuk bersabar atau menunggu dalam jangka masa yang panjang.
“Ada yang mengatakan perlu menunggu sehingga 24 jam, 48 jam, atau 72 jam dalam keadaan bimbang dan kegelisahan. Ini hanyalah mitos,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa orang ramai boleh segera membuat laporan polis setelah melakukan cubaan untuk mencari individu yang dikhuatiri hilang dan gagal dihubungi.

Menurut beliau, langkah ini adalah penting untuk mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini terhadap individu yang dilaporkan hilang.

Beliau juga menggesa masyarakat untuk terus memainkan peranan mereka dalam menyebarkan maklumat mengenai kes orang hilang.

“Peranan masyarakat amat penting dalam membantu pihak polis. Melalui pelbagai saluran media, kita boleh menyebarkan maklumat mengenai kes orang hilang supaya masyarakat dapat sama-sama membantu dalam siasatan,” jelas Tan Sri Razarudin.

Baca Lagi:
Jumpa duit RM253,976, polis kenal pasti pemilik sebenar, rupanya milik warga emas pengidap penyakit mental
Betul ke amalan tutup cermin ketika orang meninggal dunia ada dalam Islam?, Ini penjelasan ustaz
‘Dah tak sayang nyawa ke dik?’ gadis panjat balkoni apartment kena kecam