Kemaluan dikerat, suami maafkan isteri rayu dibebaskan mahkamah

Photo of author

By Joe

Kemaluan dikerat, suami maafkan isteri rayu dibebaskan mahkamah. Seorang lelaki nekad mahu memperbaiki hubungan dengan isterinya dan meminta supaya wanita itu dibebaskan daripada hukuman walaupun kemaluannya dikerat tertuduh Mei lalu, lapor laman berita Detik.

Permintaan itu dibuat menerusi nota rayuan kepada sebuah mahkamah di Solo, Indonesia.

Tertuduh, Yenita Carolina kemudian meluahkan rasa syukur atas tindakan lelaki itu.

Kemaluan dikerat, suami maafkan isteri rayu dibebaskan mahkamah

Menurut Yenita, dia ketika itu berasa marah dan tertekan kerana diceraikan mangsa selain perlu menanggung hutang mereka berdua.

“Ketika itu, saya masih berperang dengan emosi dan berasa marah. Dia (mangsa) pernah berjanji untuk menyelesaikan sebarang masalah bersama. Saya juga sudah banyak berkorban kepadanya,” katanya.

Yenita juga mengaku menyesal dengan perbuatannya dan meminta hukumannya diringankan.

Baca Lagi:
Kisah anak OKU: “Malu sebenarnya nak lari depan ramai orang tapi saya teruskan juga larian kerana nak sampai ke garisan penamat macam rakan yang lain.”
Mahal rupanya gaji kerja tukang tukar mentol, sehari dibayar RM80k
Ramai tak tahu maksud sebenar kod ‘huruf terakhir’ di tayar, ini senarai kod serta maksudnya