Kemalangan paling ngeri ketika acara keirin wanita di Olimpik Paris 2024. Beberapa pelumba basikal Olimpik mengalami kecederaan teruk apabila mereka berlanggar pada kelajuan 60 kilometer sejam di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines semalam.
Pencabar dalam acara keirin wanita tergelincir ke bawah trek ketika serpihan basikal berterbangan, menyebabkan mereka memerlukan rawatan.
Nicky Degrendele dari Belgium dan Yuan Liying dari China akhirnya tersungkur di tepi trek selepas perlanggaran pada kelajuan tinggi semasa suku akhir keirin wanita.
Degrendele kelihatan menahan kesakitan ketika pegawai perubatan memeriksa keadaannya.
Liying pula kelihatan berkerut mukanya ketika dia dibantu selain kelihatan amat tertekan.
Rempuhan berlaku pada saringan pertama suku akhir selepas pelumba melepasi garisan penamat.
Basikal Liying dan bintang Belanda, Steffie van der Peet kelihatan bersentuhan sebelum insiden perlanggaran itu berlaku, mengejutkan penonton.
Degrendele turut terbabas apabila badan Liying yang berpusing kelihatan cuba menangkap basikalnya.
Mujurlah, walaupun terlibat dalam perlanggaran ngeri itu, ketiga-tiga pelumba disahkan dalam keadaan baik.
Sementara itu, kakitangan velodrom terpaksa membersihkan serpihan basikal yang berkecai. Mereka kemudian mengosongkan trek dan memasang pita sebelum ia dibaiki pada petang yang sama.