Kemalangan di lebuhraya PLUS, 13 cedera babitkan lima kenderaan

81650665342 kemalangan

Kemalangan di lebuhraya PLUS, 13 cedera babitkan lima kenderaan.

Seramai 13 orang, termasuk seorang warga Indonesia, cedera dalam nahas jalan raya membabitkan lima kenderaan di Kilometer 357 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, di sini, lewat tengah malam tadi.

Kemalangan turut menyebabkan dua daripada lima kenderaan terbabit terbalik, tetapi tidak mengakibatkan kecederaan parah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.53 malam pada Jumaat.

81650665342 kemalangan

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati kemalangan membabitkan 13 mangsa.

“Dua daripada lima kenderaan itu terbalik dan kesemua mangsa mengalami cedera ringan serta tidak tersepit.

“Mangsa keluar sendiri dari kenderaan dan ada di antaranya dibantu orang awam yang berada di lokasi,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

“Proton Perdana dinaiki tiga lelaki dan seorang perempuan, Perodua Bezza melibatkan seorang lelaki. Proton Wira pula dinaiki seorang lelaki dan seorang wanita warga Indonesia.

“Audi pula dinaiki seorang lelaki dan Honda HRV melibatkan dua lelaki dan tiga wanita,” tambahnya.

Menurut kenyataan itu lagi, anggota bomba memberi rawatan awal kecemasan kepada mangsa yang menaiki Proton Wira sebelum dia dibawa ke Hospital Slim River bagi rawatan susulan.

Mangsa lain turut dibawa petugas Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tindakan sama.

Operasi yang diketuai PBK II Yussli Abdul Latiff itu tamat sepenuhnya pada jam 12.40 tengah malam.

Baca lagi: 

Kaki ponteng puasa dah tak guna plastik hitam, lari lintang pukang kena serbu

Video lelaki nyaris digilis lori tangki, netizen perasan sesuatu yang berlaku

Kisah ‘sedih’ di sebalik wang pengeluaran khas KWSP, tak semua orang boleh keluarkan RM10,000…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *